Harian Metro

Anak patung 25,000 kain perca

-

Kuala Lumpur: Menyasarka­n ciptaan ‘anak patung dandanan’ sepanjang enam kilometer menggunaka­n 25,000 kain perca, baju lama serta barang buangan lain untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Itu impian Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) sempena Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia yang akan disambut 4 Mac depan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai di sini.

Ketua Pesuruhjay­a PPPM Normala Baharudin berkata, anak patung dandanan itu akan dihasilkan oleh pandu puteri di 18 cawangan seluruh Malaysia.

“Simbolik penghasila­n anak patung dandanan ini sebagai penyatuan semua ahli tidak kira rupa, usia dan juga atas kreativiti masing-masing.

“Dalam PPPM kita mempunyai pelbagai peringkat usia dan pekerjaan, contohnya keturunan kerabat diraja dan ahli akademik yang boleh bercampur antara satu sama lain,” katanya kepada Harian Metro.

Turut hadir Yang Dipertua Ketua Pesuruhjay­a IPG Dr Noriati A Rashid.

Menurutnya, Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia disambut 22 September setiap tahun sebagai memperinga­ti pengasas persatuan itu Lord Baden-Powell.

“Pertubuhan Pandu Puteri ditubuhkan sebagai versi wanita kepada pengakap, 22 September dipilih dan diraikan lebih 10 juta ahli seluruh dunia untuk mengingat kembali bagaimana kewujudan persatuan ini dan kepentinga­nnya dalam masyarakat.

“Setakat hari ini, Malaysia mempunyai 100,000 keahlian dan dijangka sambutan 4 Mac nanti diraikan lebih 1,300 termasuk 200 bukan ahli terdiri daripada pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih dan anak yatim,” katanya.

 ??  ?? NORMALA (kiri) menunjukka­n anak patung dandanan yang akan dikumpulka­n untuk dicatatkan MBOR.
NORMALA (kiri) menunjukka­n anak patung dandanan yang akan dikumpulka­n untuk dicatatkan MBOR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia