Harian Metro

9 hari bicara kes saman fitnah

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan sembilan hari bermula 1 Ogos depan untuk perbicaraa­n kes saman fitnah oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Berhad berhubung artikel bertajuk ‘Hebat Sangatkah Adnan’.

Peguam Americk Singh Sidhu yang mewakili Adnan ketika ditemui berkata, tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di kamar Hakim Datuk Yeoh Wee Siam, di sini.

Menurutnya, dua saksi akan dipanggil memberi keterangan bagi pihaknya manakala bagi Utusan Melayu seramai sembilan orang.

Peguam Datuk M Reza Hassan hadir bagi mewakili Utusan Melayu.

Pada 13 Februari lalu, Mahkamah Persekutua­n memutuskan kes saman itu dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah dalam keputusann­ya berpendapa­t, persoalan sama ada Adnan memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi atau Menteri Besar hendaklah diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi.

Pada 1 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarka­n rayuan Utusan Melayu untuk mengetepik­an saman fitnah yang difailkan Adnan.

Mereka memutuskan ahli politik tidak boleh menyaman media bagi tuduhan memfitnah atas kedudukan mereka sebagai tokoh masyarakat.

Pada 23 Julai 2015, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Utusan Melayu membatalka­n saman fitnah dikemukaka­n Adnan berhubung artikel ‘Hebat Sangatkah Adnan?’ yang disiarkan pada November 2014.

Pada 5 Disember 2014, Adnan memfailkan saman terhadap Utusan Melayu berhubung penerbitan artikel bertajuk ‘Hebat Sangatkah Adnan?’ di ruangan Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat yang disiarkan menerusi akhbar Mingguan Malaysia pada 9 November tahun yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia