Harian Metro

Geram lunas dendam

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

„ Suspek ekori kereta wanita sebelum tembak ketika jalan sesak

Tembakan bertubi-tubi dilepaskan penjenayah hingga menyebabka­n seorang wanita maut di Taman Pekaka, Sungai Dua, Gelugor, di sini, petang kelmarin menunjukka­n mereka seolah-olah melepaskan geram kerana terlalu berdendam dengan mangsa.

Selain itu, suspek berkemungk­inan diupah individu lain untuk membunuh mangsa kerana Kuala Lumpur: Seorang lelaki dihukum penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana menceroboh masuk rumah kediaman rasmi Yang Dipertua Dewan Negara, tahun lalu.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu terhadap Habibullah tembakan dilepaskan itu kebanyakan­nya tepat mengenai kepala dan badan wanita terbabit.

Mereka dipercayai mengekori kereta mangsa dan menunggu masa sesuai iaitu ketika jalan sesak sebelum menembak wanita berkenaan tanpa belas kasihan.

Menurut sumber, setakat ini, siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenalpa­sti motif kes terbabit kerana hasil pemeriksaa­n awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah selain tiada kaitan dengan kongsi gelap.

“Pelbagai andaian dilakukan termasuk ada yang mengatakan suspek tersalah sasaran, namun polis masih menjalanka­n siasatan lanjut mengenainy­a.

“Dalam kes ini, suspek tidak akan

menembak mangsa jika tidak mempunyai sebab dan kita akan mengetahui motif kejadian jika tangkapan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pihaknya mempunyai beberapa petunjuk baru yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kes tembak terbabit.

Bagaimanap­un, beliau berkata, pihaknya tidak dapat mendedahka­n petunjuk itu kerana masih dalam siasatan dan percaya ia sekurang-kurangnya dapat memberikan polis maklumat untuk mengenal pasti suspek.

“Jenayah itu dilakukan di depan orang ramai dan dengan pelbagai teknologi seperti telefon bimbit dan se- bagainya, ia sangat membantu kami dalam usaha menjejaki suspek.

“Kami turut meminta orang ramai yang mempunyai rakaman video atau gambar berhubung kes berkenaan tampil bagi membantu melancarka­n siasatan,” katanya pada sidang media pada Perhimpuna­n Ikrar Bulanan Kontinjen Pulau Pinang, di sini, semalam.

Chuah berkata, polis akan mendapatka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampira­n lokasi kejadian bagi mengesan suspek yang dianggap berbahaya dan perlu ditahan dengan segera.

“Hasil siasatan awal mendapati kes tembak berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap dan mangsa didapati tidak hamil seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Setakat ini, kita siasat dari segenap aspek termasuk perniagaan dijalankan mangsa, suaminya yang juga mempunyai perniagaan berkaitan pusat hiburan serta pelbagai kemungkina­n lain,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.45 petang kelmarin, mangsa Ruby Lee Poh Ai, 49, maut ditembak dua lelaki bermotosik­al yang melepaskan lebih 10 das tembakan.

 ??  ?? RUBY
RUBY
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MAYAT Ruby dituntut ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
MAYAT Ruby dituntut ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia