Harian Metro

Siap ‘klik’ duit lesap

-

„ Lelaki kehilangan RM10,000 periksa e-mel

Mohd Saiful, 34, (bukan nama sebenar) kehilangan lebih RM10,000 apabila ditipu sindiket ketika mangsa sedang memeriksa e-mel.

Mangsa yang juga ahli perniagaan menerima satu e-mel menyatakan dia perlu mengemas kini akaun daripada sebuah bank.

Di dalam e-mel berkenaan, mangsa diarahkan untuk menekan butang klik pada pautan bagi mengelakka­n akaunnya disekat.

Mangsa yang tidak menyedari ditipu bertindak menekan butang klik pada pautan itu sebelum diminta menukar kata laluan untuk akaun bank berkenaan.

Dia yang kononnya sudah menukar kata laluan baru cuba membuat transaksi, namun tidak berjaya kerana kata laluan salah.

Sebaik menggunaka­n kata laluan asal bagi memeriksa jumlah simpanan dalam akaun banknya, mangsa terkejut apabila mendapati wang miliknya lesap akibat dipindah melalui transaksi dilakukan suspek yang memindahka­n wang ke akaun pihak ketiga. Sambutan tahun baru dijadikan sebagai alasan bagi suspek memancing mangsa dikenali sebagai Syarifah, 45, (bukan nama sebenar) menukar kata laluan akaun bank miliknya melalui e-mel palsu.

Mangsa menerima e-mel terbabit yang tertera dari nama sebuah bank meminta mangsa menukar kata laluan dalam tempoh tujuh hari bagi mengelak ia disekat dari sebarang transaksi.

Dalam e-mel berkenaan, dinyatakan sebab mengapa mangsa perlu menukar kata laluan dengan menggunaka­n alasan sempena menyambut tahun baru.

Dia yang tidak membuat sebarang semakan dengan pihak bank mengikut arahan dan menukar kata laluan menggunaka­n pautan pada laman sesawang dihantar melalui e-mel.

Beberapa hari kemudian, mangsa dikejutkan dengan jumlah simpanan akaun banknya sebanyak RM5,000 hilang menyebabka­n dia membuat laporan polis sebelum menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan sindiket ‘phishing’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia