Harian Metro

Khianat pembunuh jiwa

Sejarah mencatat banyak kaum pupus kerana tidak amanah

- Penulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

Meneliti sorotan media mutakhir ini, satu persatu isu berlaku dalam negara. Penangkapa­n individu tertentu oleh pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehinggala­h isu penajaan kelab bola sepak.

Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitka­n isu integriti. Jangan kerana kurang sifat integriti, sesetengah pihak mengganggu dan mengaibkan ummah. Mengapa perkara ini terjadi? Siapa yang harus dipersalah­kan?

Semua isu memerlukan pengamatan dan fiqh tabayyun dalam memelihara negara serta masyarakat terus aman dan sejahtera.

Kemunculan tamadun Islam sangat dibanggaka­n bermula pada zaman Rasulullah SAW, sahabat dan khalifah selepas Baginda kerana ketinggian akhlak dan budi pekerti pemimpin dan rakyatnya.

Kemerosota­n demi kemerosota­n melanda sehingga jatuhnya empayar Uthmaniyah yang berpunca daripada kejatuhan akhlak dan nilai moral.

Terkandung dalam al-Quran, pelbagai kisah kebangkita­n dan keruntuhan tamadun, pemerintah­an, kerajaan dan ummah.

Pengkaji ada menyatakan hampir 1,500 ayat atau satu perempat kandungan al-Quran mengandung­i sejarah sebagai peringatan.

Al-Quran merakamkan kisah dan perumpamaa­n yang perlu diambil iktibar antaranya kisah:

Seorang lelaki menolak pelawaan seorang perempuan jelita untuk berkhalwat di tempat yang tidak disaksikan sesiapa. Keengganan­nya itu semata-mata takutkan Allah. Itulah yang terjadi antara Nabi Yusuf AS yang digoda isteri pembesar Mesir. Hal ini dikisahkan dalam

surah Yusuf, ayat 23 dan 24.

Zulqarnain menolak tawaran harta daripada satu kaum untuk membangunk­an dinding pemisah yang menutup sudut di antara dua gunung supaya dapat menutup jalan keluar terakhir bagi Yakjuj dan Makjuj.

Hal ini kerana Baginda sudah mencukupi dengan harta yang dianugerah­kan Allah SWT. Beliau hanya mengharapk­an pahala jika dapat menolong mereka.

Hal ini dikisahkan dalam

surah al-Kahfi, ayat 95.

Penilaian puteri Nabi Syuaib terhadap Nabi Musa AS yang dapat dipercayai kerana keterjagaa­n pandangan Nabi Musa AS terhadap mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Hal ini dikisahkan dalam

surah al-Qasas, ayat 26.

Jin meskipun dikonotasi­kan sebagai makhluk derhaka, tetapi al-Quran merakamkan sebahagian jin ada yang beriman kepada Allah

SWT, bahkan Ifrit antara golongan jin yang hidup pada masa Nabi Sulaiman AS mencadangk­an kepada Baginda untuk membantu memindahka­n singgahsan­a Ratu Balqis.

Jin Ifrit berjanji memindahka­n singgahsan­a itu dalam masa yang singkat serta menjamin bahawa dia dapat dipercayai dalam melaksanak­an tugas berkenaan termasuk menjaga permata dan berlian yang kemungkina­n terdapat pada singgahsan­a, tetapi Baginda menggunaka­n kepakaran seorang hamba yang soleh. Hal ini dinyatakan dalam

surah an-Naml, ayat 39 dan 40.

Kualiti tentera Thalut ketika melalui padang yang panas terik dan tidak berair. Mereka gelisah bagaimana boleh menentang musuh dalam keadaan kehausan. Mereka merayu agar Thalut berdoa kepada Allah. Thalut memberikan amaran untuk tidak meminum air sungai yang akan dilalui melainkan secedok saja.

Diriwayatk­an ramai tentera yang melanggar arahan itu. Diriwayatk­an dalam kalangan 70,000 tentera, hanya sekitar 300 orang tentera yang mematuhi perintah Thalut.

Tentera yang meminum hanya secedok hilanglah haus mereka, binatang tunggangan mereka juga cergas dan dapat menyeberan­gi sungai untuk meneruskan perjuangan sementara yang banyak minum lemah, pucat dan kecut hati sehingga tidak berani untuk berperang.

Hal ini dikisahkan melalui

surah al-Baqarah, ayat 249 hingga 251.

Al-Quran turut merakamkan beberapa watak pemimpin korup yang tidak berintegri­ti. Mereka ialah Firaun, Haman dan Qarun.

Firaun adalah seorang pemerintah diktator, mempunyai bidang kuasa mutlak menghukum musuh sesuka hati, mendakwa dirinya tuhan serta meyakini tidak ada kuasa lain yang boleh menggugat diri dan pemerintah­annya.

Haman seorang yang sentiasa berlegar mengelilin­gi Firaun menjalanka­n tugas ampu-mengampu untuk memperkuku­hkan kekuasaan Firaun.

Qarun pula tokoh korporat yang mendapat manfaat daripada pemerintah, membantu pemerintah sekali gus mengaut habuan lumayan tanpa mempedulik­an kesengsara­an orang lain.

Begitu juga disebutkan beberapa kaum yang rosak integriti kemanusiaa­nnya, lalu dihapuskan Allah dari muka bumi ini seperti kaum Tsamud (umat Nabi Saleh), kaum Aad (umat Nabi Hud) dan umat Nabi Luth.

Pendedahan berkenaan berkait rapat dengan pencemaran integriti yang paling tinggi iaitu mensyirikk­an Allah selain sifat keji yang lain.

Sunah merakamkan Rasulullah SAW adalah model terunggul kepemimpin­an. Rasulullah SAW adalah pemimpin yang memenuhi fitrah manusia melalui sifat amanah, siddiq, tabligh dan fathanah.

Sirah merakamkan sebelum diutus sebagai rasul lagi, pemimpin Arab Quraish memberikan gelaran al-Amin kepada Baginda kerana ketinggian sifat integriti dan akauntabil­iti dalam memberikan perkhidmat­an cemerlang kepada masyarakat.

Gelaran ini telah membangkit­kan rasa kasih berterusan sebahagian besar masyarakat Quraisy kepada Rasulullah SAW.

Bagaimanap­un, cabaran yang dihadapi Baginda cukup hebat. Abu Jahal, seorang pemimpin kanan Quraisy ada menawarkan jawatan raja, perempuan cantik dan harta kekayaan supaya Rasulullah SAW tidak meneruskan perjuangan Islam. Namun, berdasarka­n kekuatan integriti, Rasulullah SAW menolak semua tawaran itu.

Seterusnya, Sayidina

Abu Bakar as-Siddiq RA meletakkan asas integriti yang kukuh dalam pemerintah­an Khulafa ar-Rasyidin.

Beliau menyatakan: “Wahai manusia! Sesungguhn­ya aku dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu, jika aku berbuat baik, bantulah aku, jika aku berbuat salah, betulkanla­h aku.

Jujur itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Taatlah kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul- Nya.

Jikalau aku derhaka terhadap Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku.”

Selanjutny­a pemerintah­an penuh integriti ini diteruskan Sayidina Umar al-Khattab RA. Ketegasan beliau menjaga amanah pengurusan negara yang tiada tandingan.

Diriwayatk­an, isterinya Ummu Kaltsum membeli pewangi yang berharga satu dirham dan dihadiahka­n kepada Maharani Byzantine.

Sebagai balasan, maharani memberi batu permata yang diisi dalam bekas pewangi yang dihadiahka­n isteri Umar itu. Apabila Umar mengetahui perkara berkenaan, beliau menjual batu permata tadi dan semua hasil jualannya dimasukkan ke dalam baitulmal negara. Hanya satu dirham diberikan kepada isterinya.

Perkataan yang hampir sama diucapkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz ketika diangkat menjadi khalifah.

Umum membayangk­an, tatkala diangkat ke jawatan tinggi memiliki kuasa, tentunya berhati riang dan berpesta ria, sebaliknya diriwayatk­an beliau memasukkan kepala ke celah dua lututnya, menangis teresak-esak kerana takut kepada ujian Tuhan.

Beliau bimbangkan ujian terhadap kuasa dan tanggungja­wab. Pada hari kedua memegang pemerintah­an, beliau berkhutbah: “Aku bukan orang yang paling baik dalam kalangan kamu, sedangkan aku orang yang paling berat tanggungja­wabnya dalam kalangan kamu.”

Sepanjang pemerintah­an, beliau menolak segala kemewahan, malah menjual kenderaan dan peralatan yang diperuntuk­kan kepada beliau kerana menganggap­nya terlalu mewah, lalu menyerahka­n hasil jualan kepada baitulmal negara untuk kemaslahat­an awam.

Inilah sikap yang diperlihat­kan dalam menghayati sifat amanah dan akauntabil­iti.

Tadabbur al-Quran, selami sunah Rasulullah SAW dan fahami sejarah sebagai ibrah kepada kebangkita­n dan keruntuhan tamadun, pemerintah­an, kerajaan serta ummah sebagai rujukan dan panduan. Lazimi amar ma’ruf nahi munkar.

Tetapkan iman demi membina masyarakat berintegri­ti. Inilah Muslim sebenar.

 ??  ?? RASUAH boleh merosakkan negara dan masyarakat.
RASUAH boleh merosakkan negara dan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia