Harian Metro

ROCKers hibur penghuni Rumah Orang Tua Seri Setia

-

Nestle Malaysia membawa keceriaan kepada penghuni Rumah OrangTuaSe­riSetia dengan sambutan tahun ayam yang meriah dan menyeronok­kan.

Menerusi program Reaching Out to Community and Kids (ROCKS), sukarelawa­n Nestle yang dikenali sebagai ROCKers menjemput penghuni rumah berkenaan ke sambutan yang dianjurkan di lobi Menara Surian di Mutiara Damansara, Petaling Jaya Selangor, baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti disediakan bagi menghangat­kan sambutan itu antaranya tarian singa, kaligrafi Cina, ‘chicken dance’ dan cabutan bertuah.

Menariknya, MAGGI turut menyediaka­n hidangan unik dan lazat kepada penghuni yang hadir seperti yee sang disediakan daripada produk MAGGI Hot Cup Cili Fiesta dan Nestle Gold Flakes.

Penghuni menikmati hidangan itu bersama pasukan pemimpin

Nestle dalam suasana meriah yang menggamit kemakmuran dan kejayaan pada tahun baru.

Bagi menambah keceriaan majlis, penghuni turut menjadi saksi upacara tradisi mewarna mata singa yang disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia Alois Hofbauer.

Penghuni Rumah OrangTuaSe­riSetia turut bergelak ketawa dan terhibur sambil saling berkongsi cerita dengan ROCKers ketika menikmati makanan yang dihidangka­n termasuk nasi ayam, dim sum dan roti ‘mantou’.

Pada kemuncak acara, Nestle menghadiah­kan warga emas yang hadir dengan 10 set MAGGI Fortune Boxes dan komputer baru bertujuan membantu pengurusan rumah itu melaksanak­an kerja pengurusan am dan komunikasi dengan lebih mudah.

Selain itu, penghuni rumah berkenaan turut menerima baucar bernilai RM800 daripada Senheng yang juga sebahagian kerjasama bersama MAGGI sempena kempen MAGGI Gong Xi Ria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia