Harian Metro

‘Pastikan dapat balik kampung’

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Menetap dan bekerja di Guangzhou, China tidak menjadi halangan buat anak kelahiran Alor Janggus,

Alor Setar, Kedah ini untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan meriah bersama keluarga tercinta di tanah air setiap tahun.

Terbabit dalam perniagaan perdaganga­n dan perkhidmat­an penghantar­an di China sejak lebih lima tahun lalu menjadi pilihannya sendiri atas faktor ingin mencuba kelainan bekerja di negara luar.

Bagi Chong Kok

Jin, 39, bidang yang diceburiny­a mempunyai pelbagai cabaran dan sentiasa sibuk namun dia berusaha menjadi yang terbaik terutama dalam memberikan perkhidmat­an kepada pelanggan.

“Di China, saya ada ramai kenalan rakyat Malaysia dan ada antara mereka yang masih belajar. Walaupun mempunyai ramai kenalan di sini (China), apabila tiba musim perayaan saya akan pastikan pulang ke kampung halaman terutama untuk bertemu ahli keluarga dan rakan,” katanya.

Chong yang fasih berbahasa Melayu turut mengakui amat teruja setiap kali menghampir­i musim perayaan dan pulang ke Malaysia dalam tempoh agak lama.

“Saya cepat-cepat membeli tiket pulang ke Malaysia bagi memastikan tiada masalah pulang menyambut Tahun Baru Cina.

“Walaupun banyak tuntutan kerja di sini (China) namun saya menyelesai­kannya dengan segera supaya dapat pulang pada masa yang dipilih,” ujarnya.

Soalan (S): Bagaimana tahun ini, adakah anda akan pulang ke Malaysia untuk menyambut Tahun Baru Cina?

Jawapan (J): Ya, saya akan pulang ke Kedah setiap tahun untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga tersayang dan tidak melepaskan peluang makan besar bersamasam­a.

S: Pada pandangan anda, bagaimana pentingnya sambutan Tahun Baru Cina ini?

J: Sambutan Tahun Baru Cina amat penting dan bermakna buat saya kerana ia disambut setahun sekali. Pada masa ini jugalah kami sekeluarga dapat berkumpul beramai-ramai kerana pada masa lain kebanyakan kami sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing.

S: Apakah pengertian dan makna sambutan Tahun Baru Cina pada diri anda?

J: Sambutan perayaan ini adalah waktu paling sesuai untuk merapatkan hubungan kekeluarga­an juga persahabat­an kerana dapat bertemu dengan ramai keluarga dan kenalan yang sudah lama tidak berjumpa.

S: Apakah perkara paling bermakna dan dinantikan sempena perayaan ini?

J: Perkara paling bermakna adalah bertemu dengan ibu bapa saya memandangk­an saya tinggal jauh dari mereka serta jarang dapat bersama.

S: Apakah hidangan paling digemari ketika sambutan perayaan ini?

J: Percaya atau tidak, saya paling menantikan masakan Melayu kerana saya peminat makanan kampung.

S: Di manakah lokasi anda sekeluarga berkumpul sempena Tahun Baru Cina?

J: Kami akan berkumpul setiap tahun di rumah ibu bapa saya di Alor Janggus, Alor Setar, Kedah.

 ??  ?? CHONG bersama rakan di Malaysia.
CHONG bersama rakan di Malaysia.
 ??  ?? CHONG teruja pulang ke Malaysia menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga dan rakan-rakan. Walaupun banyak tuntutan kerja di sini (China) namun saya menyelesai­kannya dengan segera supaya dapat pulang pada masa yang dipilih
CHONG teruja pulang ke Malaysia menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga dan rakan-rakan. Walaupun banyak tuntutan kerja di sini (China) namun saya menyelesai­kannya dengan segera supaya dapat pulang pada masa yang dipilih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia