Harian Metro

Ruang untuk bakat baru

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

Diambil daripada perkataan bahasa Filipina yang bermaksud ‘awal,’ ‘tempat asal’ dan ‘genesis’ namun dalam bahasa Malaysia, perkataan ‘simula’ lebih tepat diterjemah kepada ‘orang yang memulakan sesuatu.’

Oleh itu, ia bertepatan hasrat kurator, Stephen Menon supaya pameran SIMULA sebagai penanda permulaan baru untuk Galeri B Artistic di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Artis fotografi dan pemilik galeri, Satish Kumar berkata, ruang kreatif mula diperkenal­kan sejak tahun 2012 bagi memberi peluang kepada artis tempatan mengetenga­hkan bakat masing-masing.

“Ia bukan saja untuk membantu artis mempamerka­n hasil karya, tapi mampu mendidik orang awam dan meningkatk­an kesedaran bagi mengenali nilai seni,” katanya.

Barisan sembilan artis berkenan ialah Dr Hushinaidi Abdul Hamid, Ajim Juxta, Rizhar Arahim, Aziz Talha, Marisa R Ng, Nicholas Choong, Liu Cheng Hua, Mahzurah Shaari dan Satish Kumar.

Setiap artis memiliki latar belakang berbeza terutama dari segi pengalaman malah medium digunakan juga berbeza termasuk akrilik di atas kanvas, cetakan digital di atas kertas dan campuran media.

Pengunjung pastinya teruja melihat pelbagai karya abstrak indah, figuratif, fotografi dan karya instalasi

Pameran SIMULA sebagai penanda permulaan baru Galeri B

Artistic

Liu Cheng Hua.

Menurut Stephen, artis yang dipilih memiliki gaya, idea dan budaya tersendiri serta mampu dipersemba­hkan untuk tontonan masyarakat.

“Kebanyakan galeri hanya mengetenga­hkan artis yang sudah pun menempa nama dalam industri ini namun SIMULA dicipta untuk memberi sinar dan perhatian kepada bakat baru ini,” katanya.

 ??  ?? SIMULA
Artis: Berkumpula­n Jumlah karya: 20 Lokasi: Galeri B Artistic, No 161, Jalan PJU 8/5c, Damansara Perdana, Selangor
Tarikh: Sedang berlangsun­g hingga 14 Februari 2017
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Telefon: Satish 0139777775
FB:...
SIMULA Artis: Berkumpula­n Jumlah karya: 20 Lokasi: Galeri B Artistic, No 161, Jalan PJU 8/5c, Damansara Perdana, Selangor Tarikh: Sedang berlangsun­g hingga 14 Februari 2017 Masa: 10 pagi hingga 6 petang Telefon: Satish 0139777775 FB:...
 ??  ?? RIZAR turut menyumbang­kan karya dalam pameran ini.
RIZAR turut menyumbang­kan karya dalam pameran ini.
 ??  ?? INSTALASI berjudul Pride #2 oleh Liu Cheng Hua.
INSTALASI berjudul Pride #2 oleh Liu Cheng Hua.
 ??  ?? KARYA berjudul Alas-Alas series I oleh Mahzurah.
KARYA berjudul Alas-Alas series I oleh Mahzurah.
 ??  ?? SATISH (kanan) bersama Stephen Menon.
SATISH (kanan) bersama Stephen Menon.
 ??  ?? SENTUHAN fotografi daripada Satish berjudul Window.
SENTUHAN fotografi daripada Satish berjudul Window.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia