Harian Metro

‘Kalau pasukan kebangsaan, OK’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

“Saya harap dapat beraksi dengan pasukan kebangsaan, bukannya kelab.” Itu permintaan ketua jurulatih skuad hoki wanita negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah selepas Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) dilihat bersetuju untuk anak buahnya menjalani perlawanan persahabat­an di Eropah sebagai persiapan menghadapi saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

Jelas Dhaarma, bukan mahu terlalu memilih, namun beliau tidak mahu pemergian anak buahnya ke Eropah berakhir dengan sia-sia.

“Berdasarka­n pengalaman, biasanya apabila beraksi dengan pasukan kelab, kadang-kala mereka tidak begitu kompetitif.

“Malah ada yang mencampurk­an pemain untuk melengkapk­an pasukan. Hasilnya kita mampu menewaskan mereka dengan jumlah gol besar.

“Saya tidak mahu itu berlaku kerana tujuan utama ke Eropah adalah untuk memperoleh perlawanan kompetitif.

“Sebab melalui perlawanan kompetitif ini, pemain akan mempelajar­i banyak perkara. Saya mahu sampai satu tahap pemain saya lali bertemu dengan pasukan Eropah.

“Pasukan kebangsaan menjadi pilihan utama untuk ditemui. Sekiranya tak dapat beraksi menentang skuad utama, bertemu pasukan kedua atau remaja pun OK asalkan mereka pasukan kebangsaan,” katanya.

Pengarah Teknikal MHC Terry Walsh menerusi laporan Arena Metro semalam berkata, Eropah sememangny­a destinasi terbaik untuk skuad wanita negara dan perancanga­n itu dijangka bermula

„ Dhaarma tegas mahu perlawanan kompetitif menentang skuad negara, bukan kelab

hujung April.

Namun pihaknya sedang meneliti pasukan yang boleh mengadakan perlawanan persahabat­an dengan skuad negara.

Separuh Akhir Liga Hoki Dunia akan berlangsun­g di dua lokasi berbeza - Belgium pada Jun dan Afrika Selatan sebulan selepas itu.

Kejohanan itu halangan terakhir untuk skuad negara mencari tiket ke Piala Dunia 2018 London buat kali pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia