Harian Metro

‘Tetap cari Azarul walau misi dihenti’

-

Kajang: Kuala Lumpur: “Setiap kali naik ke atas, naluri ibu ini kuat mengatakan dia masih di sana. Saya tetap akan cari dia apa jua sekali pun walaupun misi mencari sudah dihentikan,” kata Rohana Saad, 49.

Rohana masih tabah menantikan anaknya, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu.

Menurut Rohana, sebagai ibu, dia amat mengharapk­an anaknya ditemui dengan selamat selain berada dalam keadaan yang sihat.

“Namun apabila kehilangan­nya sudah memasuki hari ke empat, saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan supaya keajaiban berlaku,” katanya.

Menurutnya, sudah empat hari dia tidak tidur dengan nyenyak kerana memikirkan insiden berkenaan.

“Kehilangan Azarul sangat misteri dan berlaku secara mengejut. Terasa seperti baru petang tadi dia memberitah­u saya dia mahu ke Broga.

“Tidak sangka pula dia tidak ditemui hingga hari ini,” katanya.

Semalam tersebar satu video yang menunjukka­n Rohana turut mencari Azarul di kawasan pencarian di bukit berkenaan.

Video berdurasi 18 saat itu memaparkan Rohana yang berbaju dan bertudung merah jambu berada di satu sudut sambil memanggil nama anaknya dengan nada sayu.

Terdahulu, Rohana dilaporkan bermalam di kawasan bukit berkenaan serta beranggapa­n anaknya masih hidup dan berada di atas puncak Bukit Broga.

Operasi semalam masuk hari keempat dan pasukan penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Bantuan Mencari Menyelamat di Gunung (MOSAR), Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) dan Unit Anjing Pengesan gagal menemui mangsa.

Dalam kejadian Ahad lalu, Mohd Azarul mendaki Bukit Broga bersama lima rakannya jam 4 petang.

Bagaimanap­un, mangsa yang berasal dari Pantai Merdeka, Kedah itu gagal dikesan selepas sampai ke puncak bukit berkenaan.

 ??  ?? ROHANA
ROHANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia