Harian Metro

Balasan cabul murid tahun enam

-

Petaling Jaya: Akibat gagal menahan nafsu, seorang bekas pemandu van mencabul kehormatan seorang murid perempuan tahun enam di dalam van yang diberhenti­kan di depan sebuah sekolah di sini, pada 2010.

Bagaimanap­un, tindakan S Sabapathi, 44, mendapat balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan serta dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Sebelum itu, tertuduh melarikan diri sejak 2010 sebelum ditahan polis pada Januari tahun lalu.

Majistret Atiqah Abd Karim @ Husaini menjatuhi hukuman itu terhadap Sabapathi selepas pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman itu dijalankan berkuat kuasa daripada tarikh sabitan.

Tertuduh yang selepas itu bekerja sebagai pengawal keselamata­n didakwa menyentuh kemaluan dan memegang tangan mangsa yang kini berusia 18 tahun dengan niat ingin mencabul kehormatan­nya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam van sekolah di depan sebuah sekolah di daerah ini, jam 6.45 pagi, 26 Julai 2010 dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashanga­ri memohon mahkamah menjatuhi hukuman penjara maksimum dengan sebat mengambil kira kesalahan membabitka­n jenayah seksual.

“Mangsa mengalami trauma hebat selepas kejadian itu...dia sebelum ini bersifat kewanitaan, namun berubah dengan cara memotong pendek rambutnya menyerupai lelaki selepas dirinya dicabul tertuduh,” katanya.

Pada prosiding itu, mahkamah membenarka­n permohonan tertuduh untuk penangguha­n pelaksanaa­n hukuman sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

 ??  ?? SABAPATHI
SABAPATHI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia