Harian Metro

Bermanja pisah kasih

„ Budak perempuan maut dihempap pagar utama pusat asuhan

- Togi Marzuki am@hmetro.com.my

“Sejak seminggu lalu, dia menghafaz surah An-Nas, malah sering meminta didukung ketika dihantar dan diambil dari pusat asuhan,” kata Heriyanti Mohd Yusof, 36, ibu kepada Nurhadawiy­ah Zulkiflee, 4, yang maut dihempap pintu pagar di sebuah pusat asuhan di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, di sini, kelmarin.

Menurut Heriyanti, dia dan suami, Zulkiflee Idris, 45, pada mulanya gembira kerana anak bongsu daripada lima beradik itu mula menunjukka­n perkembang­an positif dalam menghafaz ayat suci al-Quran.

“Sejak seminggu lalu, Nurhadawiy­ah sering menghafaz surah An-Nas tidak kira waktu termasuk sebelum tidur. Malah, dia juga sering minta didukung ketika menghantar dan mengambiln­ya di pusat asuhan.

“Bahkan ketika dalam perjalanan ke pusat asuhan pun, dia sempat menghafaz surah itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut suri rumah itu, dia yang juga bekas kakitangan pusat asuhan berkenaan baru menghantar Nurhadawiy­ah ke situ sebulan lalu.

“Kami reda di atas kejadian itu dan tidak berniat mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada pihak terbabit kerana ini semua sudah takdir untuk kami.

“Kami sekeluarga amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruska­n jenazah dan ini juga dugaan terbesar buat kami sekeluarga,” katanya sambil memberitah­u jenazah anaknya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya jam 2 petang, semalam. Zulkiflee berkata, dia menerima ketentuan yang diberikan kepadanya dan menyifatka­n kejadian berkenaan perlu dijadikan pedoman dan pengajaran kepada semua pihak.

“Biasanya pusat asuhan mula operasi jam 7 hingga 12 tengah hari namun pada hari kejadian, pihak pusat asuhan mengadakan kelas tambahan yang bermula jam 2 hingga 6 petang.

“Apapun saya reda dan pada masa sama saya bersama isteri sebulat suara dan sepenuh ikhlas tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengurusan pusat asuhan itu,” katanya yang turut menerima lawatan Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Johor, Juwahir Amin.

Menurut Juwahir, insiden yang menimpa Nurhadawiy­ah adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan dia turut bersedih serta simpati kepada keluarga mangsa.

“Pusat asuhan berkenaan ditubuhkan sejak 17 tahun lalu dan mampu memuatkan 47 kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun yang menerima pendidikan agama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superinten­dan Zakaria Abd Rahman berkata, Nurhadawiy­ah disahkan meninggal dunia jam 6.39 petang ketika tiba di klinik kesihatan berhampira­n selepas cedera di dahi dan ada kesan darah.

 ?? FOTO: TOGI MARZUKI ?? JUWAHIR (kiri) bersama penduduk di samping pintu pagar utama pusat asuhan yang meragut nyawa Nurhadawiy­ah (gambar kecil).
FOTO: TOGI MARZUKI JUWAHIR (kiri) bersama penduduk di samping pintu pagar utama pusat asuhan yang meragut nyawa Nurhadawiy­ah (gambar kecil).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia