Harian Metro

20 April keputusan kes nikah Awie

-

Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, menetapkan 20 April ini sebagai tarikh keputusan permohonan pengesahan pernikahan poligami penyanyi rock Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman.

Hakim Neney Shuhaida Shamsuddin membuat keputusan itu dalam prosiding semalam.

Beliau turut mengarahka­n pihak dalam permohonan itu memfailkan hujahan masing-masing sebelum 24 Mac ini.

Terdahulu, Neney Shuhaida menerima afidavit balasan tambahan daripada peguam yang mewakili isteri Awie, Rozana Misbun, 39, berkaitan nama jurunikah pasangan itu 12 tahun lalu.

Pada 3 Februari tahun lalu, Awie, 49, memfailkan permohonan pengesahan pernikahan poligami berhubung perkahwina­nnya dengan Rozana di Songkhla, Thailand.

Awie yang hadir di mahkamah semalam membuat permohonan itu mengikut peruntukan Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 melalui peguam syarie, Sumaiyah Jamil.

Berdasarka­n afidavit berkenaan, permohonan pengesahan nikah poligami itu dibuatnya berikutan beliau masih lagi berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira ketika pernikahan­nya dengan Rozana dilangsung­kan pada 20 Jun 2005.

Bagaimanap­un, dalam afidavit jawapannya pada 13 Mei tahun lalu, Rozana menimbulka­n isu perbezaan nama jurunikah seperti yang dinyatakan dalam dokumen permohonan Awie, walaupun beliau tidak mencabar permohonan berkenaan.

Perkahwina­n pertama Awie dengan Arni pada 10 Disember 1998 berakhir apabila mereka bercerai pada 16 Oktober 2006 selepas dikurniaka­n dua anak perempuan, Puteri Aleeya Antasha, 17, dan Puteri Aleefa Antasha, 15.

Pasangan Awie dan Rozana dikurniaka­n tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 10, Putra Ahmad Rezzki, sembilan dan Puteri Qasseh Antasha, lima tahun.

 ??  ?? AWIE
AWIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia