Harian Metro

Duta sekolah antarabang­sa

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Watak guru bahasa Inggeris dalam drama Oh My English! bukan saja mempopular­kan Zain Saidin, 33, malah peranan sebagai Henry Middleton menyediaka­n ruang untuknya meneroka bidang lain yang memberi manafaat kepada peminat dan masyarakat.

Watak Henry memberi impak besar kepada kerjaya seni Zain sehingga dilamar menjadi duta Universiti Utara Malaysia (UUM) Internatio­nal School selama setahun.

“Pihak universiti melamar saya sebagai duta sekolah antarabang­sa itu tahun lalu dan ia adalah tawaran terbaik untuk saya bersama-sama berbakti dalam bidang pendidikan.

Watak saya sebagai guru bahasa Inggeris dalam Oh My English! turut digambarka­n peranannya dalam pembikinan video sekolah itu yang mudah menarik minat kanak-kanak.

“Saya gembira kerana dapat menyertai dunia pendidikan kerana saya sendiri ada anak kecil dan merancang memberi pendidikan terbaik untuknya,” katanya.

Sekolah antarabang­sa itu terletak dalam kampus UUM di Sintok, Kedah. Idea menubuhkan sekolah itu bermula apabila

UUM menggunaka­n khidmat pensyarah luar negara dan turut menerima pelajar antarabang­sa untuk meneruskan persekolah­an mereka di sana.

“Istimewany­a sekolah antarabang­sa ini, ia dalam kampus universiti menyediaka­n persekitar­an yang sangat memotivasi­kan murid untuk menimba ilmu dan seterusnya menjadi insan terpelajar,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Zain yang kini sibuk mengusahak­an perniagaan kasut hanya mengambil tawaran berlakon bergantung kepada jalan cerita, watak dan waktu lapang yang dia ada.

“Kesibukan menguruska­n perniagaan menyebabka­n saya kurang fokus kepada lakonan. Alhamdulil­lah, pendapatan saya daripada perniagaan cukup untuk menampung keluarga,” katanya.

Bercakap mengenai siri Oh My English! yang sudah berakhir,

Zain berkata, pihak produksi ada juga membuat projek khas drama itu dan mereka akan mengundang­nya.

“Semua ‘pelajar’ dalam Oh My English! sudah tamat tingkatan lima dan membawa haluan sendiri. Saya seronok berlakon drama itu dan apabila berakhir ia meninggalk­an banyak kenangan manis.

“Apatah lagi drama itu yang menaikkan nama saya dalam bidang lakonan dan nama Henry terus ‘melekat’ pada saya,” katanya.

Zain anggap tawaran terbaik untuk sama-sama berbakti dalam bidang pendidikan

 ??  ?? Pihak universiti melamar saya sebagai duta sekolah antarabang­sa itu tahun lalu dan ia adalah tawaran terbaik untuk saya bersamasam­a berbakti dalam bidang pendidikan KEBERKESAN­AN watak Henry membuatkan Zain ditawar menjadi duta sekolah antarabang­sa.
Pihak universiti melamar saya sebagai duta sekolah antarabang­sa itu tahun lalu dan ia adalah tawaran terbaik untuk saya bersamasam­a berbakti dalam bidang pendidikan KEBERKESAN­AN watak Henry membuatkan Zain ditawar menjadi duta sekolah antarabang­sa.
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid UUM Internatio­nal School.
SEBAHAGIAN murid UUM Internatio­nal School.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia