Harian Metro

Jangan main kerana wang: Toure

-

London: Pemain tengah Manchester City Yaya Toure mengkritik pemain bola sepak yang meninggalk­an Eropah untuk bermain di China dan berkata dia lebih suka mengikut jejak penyerang Manchester United Zlatan Ibrahimovi­c yang memilih untuk kekal bersaing di liga kompetitif.

Kelab Liga Super China membeli ramai pemain terkemuka dunia dengan Shanghai SIPG membeli pemain tengah Brazil

Oscar dari Chelsea dengan yuran perpindaha­n 60 juta euro (RM285.3 juta).

Pesaing mereka, Shanghai Shenhua mengikat penyerang Argentina Carlos Tevez dengan bayaran 84 juta euro (RM399.5 juta) tetapi Toure berkata, wang bukanlah segala-galanya bagi dirinya.

“Adakah anda bermain bola sepak kerana anda sukakannya atau adakah anda bermain demi wang? Bagi saya, saya bermain bola sepak kerana saya sukakan sukan ini,” katanya.

“Ada pemain yang berkata bahawa mereka pergi ke China kerana mahu mencuba sesuatu yang baru. Tetapi secara peribadi, saya lebih suka bermain dalam erti kata sebenar.

“Cuba lihat kawan saya, Ibrahimovi­c. Dia sudah berusia 35 tahun dan dia mungkin bermain untuk tiga tahun lagi. Dia mempunyai pemikiran sama seperti saya. Dia seorang pemain hebat, seorang juara yang benar-benar sukakan

bola sepak. Semuanya bermula dengan bola sepak dan apa saja yang berlaku selepas itu ialah bonus.”

Toure yang masih memiliki baki kontrak hingga Jun, tidak diturunkan City awal musim ini selepas pertelagah­an antara pengurus Pep Guardiola dengan ejen pemain itu tetapi kembali ke pangkuan pasukan, November lalu selepas membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sejak itu, dia sering diletakkan di dalam kesebelasa­n utama tetapi masih belum ada kenyataan rasmi mengenai kontrak barunya di City. Minggu lalu, ejennya mendedahka­n bahawa dia menolak tawaran bermain di China.

“Saya mahu bermain di Eropah, terutamany­a England. Saya mahu terus melakukan perkara itu untuk beberapa tahun lagi. Saya pernah berkata bahawa saya tidak akan suka bermain di China,” kata pemain berusia 33 tahun itu. Reuters

 ??  ??
 ??  ?? PENYERANG Swansea Fernando Llorente (dua dari
kiri) menanduk masuk gol kedua
di Anfield. WENGER (kiri) berang dengan tindakan pengadil menghadiah­kan penalti kepada Burnley.
PENYERANG Swansea Fernando Llorente (dua dari kiri) menanduk masuk gol kedua di Anfield. WENGER (kiri) berang dengan tindakan pengadil menghadiah­kan penalti kepada Burnley.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia