Harian Metro

Cabar semua acara

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Malaysia, Thailand, Singapura sertai kesemua 38 sukan

Tinggal 205 hari sebelum Kuala Lumpur (KL) menjadi tuan rumah temasya dwitahunan Sukan SEA ke-29.

Menjanjika­n temasya yang terbaik dan akan diingati semua negara bertanding, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja’afar memaklumka­n 38 sukan bakal dipertandi­ngkan membabitka­n 405 acara dan 35 gelanggang pertanding­an.

Bercakap pada sidang media mesyuarat koordinasi Sukan SEA semalam, beliau memaklumka­n 8,777 senarai atlet didaftarka­n dengan jumlah itu dijangka berkuranga­n menjelang Mei ini apabila setiap negara perlu mengesahka­n pendaftara­n senarai atlet bertanding.

“Daripada jumlah berkenaan hanya tiga negara Malaysia, Thailand dan Singapura menyenarai­kan penyertaan kesemua 38 sukan dipertandi­ngkan.

“Malaysia menjadi negara tunggal yang akan menyertai kesemua 405 acara,” katanya.

Mengulas mengenai lokasi pertanding­an, Tunku Imran berkata, kebanyakan venue akan tertumpu di Sport City dan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur seperti KLCC, Petaling Jaya, MiTEC, Putrajaya, Damansara Perdana, Bukit Kiara, Rawang, Shah Alam dan beberapa kawasan lain.

Bagaimanap­un beberapa acara terpaksa dianjurkan di luar KL seperti basikal di velodrom Nilai, Negeri Sembilan, equestrian endurance Kuala Lumpur: Di tengah kekalutan melanda Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), pemenang pingat emas Sukan Komanwel Hafifi Mansor berharap situasi itu tidak mengganggu perkembang­an sukan berkenaan.

Fokus utamanya kini adalah untuk melakarkan sejarah sukan itu dengan menghadiah­kan emas di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos ini.

Biarpun sukar, namun tegas atlet kelahiran Terengganu itu, tiada yang mustahil seandainya ia diiringi dengan usaha dan pengorbana­n.

Selepas menempuhi rehat (Terengganu) dan pelayaran (Langkawi).

Tegasnya, objektif utama MOM ketika ini adalah bagi memastikan penganjura­n temasya berlangsun­g dengan jayanya mengikut piawaian ditetapkan.

Tunku Imran turut memaklumka­n dua emas akan menjadi rebutan sebelum majlis pembukaan pada 19 Ogos menerusi acara renang berirama dan maraton.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jawatankua­sa Pengelola Sukan SEA (MASOC) Kuala Lumpur 2017 Datuk Seri Zolkples Embong berkata, venue utama iaitu Sport City dijangka siap sepenuhnya Jun ini dan atlet dibenarkan untuk menguji lapangan jika tiada kekangan waktu untuk penganjur menganjurk­an pertanding­an ujian.

 ?? FOTO: ?? TUNKU Imran (tengah) bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Operasi MASOC Kuala Lumpur 2017 Shaiful Subhan, Pegawai Media MASOC Fahmi Omar, Zolkples dan Setiausaha Kehormat MOM Datuk Low Beng Choo selepas mesyuarat kordinsasi bersama Sukan SEA Kuala Lumpur...
FOTO: TUNKU Imran (tengah) bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Operasi MASOC Kuala Lumpur 2017 Shaiful Subhan, Pegawai Media MASOC Fahmi Omar, Zolkples dan Setiausaha Kehormat MOM Datuk Low Beng Choo selepas mesyuarat kordinsasi bersama Sukan SEA Kuala Lumpur...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia