Harian Metro

Dadah: Wanita aniaya rakan dijel tujuh tahun

-

Kuala Lumpur: Seorang tukang urut wanita warga Thailand bertindak licik apabila menyorokka­n dadah jenis syabu dalam pemegang beg tangan wanita sebelum mengirim bungkusan berisi dadah itu kepada orang lain.

Bagaimanap­un, kegiatan itu dihidu pihak berkuasa sebelum dia ditahan polis dan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Nordin Hassan kemudian menjatuhka­n hukuman tujuh tahun penjara pada tarikh ditangkap iaitu 4 April tahun lalu ke atas Jenjira Thawornpon­g, 27, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama Chayuda Srisutham, 37, memiliki dadah jenis metamfetam­in (syabu) seberat 110.4 gram di hadapan pos pengawal DHL Ekspres, Plot 662 Jalan 3 Off Jalan Chan Sow Lin, Cheras di sini kira-kira 4.45 petang, 4 April tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum seumur hidup dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, rakan tertuduh, Chayuda Srisutham bagaimanap­un dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Terdahulu, peguam bela Zaleha Al Hayat yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mangsa keadaan.

“Tertuduh terperangk­ap dalam kes dadah selain menyesal atas perbuatann­ya dan perlu menyara anak di negara asalnya,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah memohon hukuman setimpal terhadap kesalahan kerana gejala dadah kini semakin serius.

Berdasarka­n fakta kes, pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman membuat pemerhatia­n selama dua jam di pondok pengawal sebelum ternampak kedua-dua tertuduh berjalan menuju ke arah premis itu.

Kemudian, polis terus merampas kotak berwarna kuning.

Penemuan awal mendapati, satu daripada empat beg wanita yang diletakkan di dalam kotak itu mempunyai serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Pemeriksaa­n lanjut turut menjumpai tujuh ketulan dadah yang disembunyi­kan di dalam pemegang beg tangan wanita itu.

 ??  ?? JENJIRA mengaku bersalah atas pertuduhan miliki syabu.
JENJIRA mengaku bersalah atas pertuduhan miliki syabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia