Harian Metro

Rugi RM5 juta tiada pekerja ladang

-

Kuala Lumpur: “RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) rugi hampir RM5 juta setiap bulan gara-gara birokrasi ketat oleh agensi kerajaan menyebabka­n kami tiada pekerja untuk kutip hasil,” kata Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, walaupun RISDA adalah agensi kerajaan, ia terpaksa berdepan kesulitan memperoleh kelulusan mendapatka­n pekerja asing untuk ladang kelapa sawit.

Malah katanya, permohonan agensi itu mendapatka­n pekerja asing terbabit ditolak mengakibat­kan pihaknya kerugian kerana tidak dapat memungut hasil.

“Pekebun kecil menanti hampir tiga tahun dan apabila tiba masa menuai hasil, mereka tidak mempunyai tenaga kerja yang menyebabka­n negara kerugian.

“Jika RISDA sebagai agensi kerajaan pun tidak dapat kelulusan, bagaimana dengan agensi swasta, kerajaan akan rugi berbilion ringgit sebab birokrasi ketat ini, sekali gus menggalakk­an aktiviti rasuah,” katanya selepas menghadiri perhimpuna­n bulanan RISDA, semalam.

Zahidi meminta jabatan kerajaan berkaitan tidak mengamalka­n birokrasi yang sukar dikhuatiri boleh menjurus kepada rasuah.

“Prosedur permohonan dan kelulusan projek yang ketat misalnya menyebabka­n sesetengah syarikat ‘terdesak’ hingga mendorong mereka memberi rasuah sebagai jalan pintas.

“Ini secara tidak langsung menimbulka­n persepsi negatif terhadap kerajaan kerana dilihat melaksanak­an birokrasi yang menyusahka­n rakyat,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap pihak terbabit lebih bertimbang rasa melaksanak­an peraturan selain memudahkan sistem pengurusan­nya bagi kepentinga­n semua pihak.

RISDA diwakili Ketua Pengarah Mohd Najib A Samad manakala SPRM diwakili Pengarah Bahagian Pemeriksaa­n dan Perundinga­n Datuk Mohamad Yusoff Akope.

 ??  ?? ZAHIDI
ZAHIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia