Harian Metro

Empat lagi mayat ditemui

-

Mersing: Jumlah korban bot pancung karam yang membawa pendatang asing tanpa izin dari Indonesia meningkat kepada 14 orang apabila empat lagi mayat ditemui di perairan Tanjung Rhu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superinten­dan Cyril Edward Nuing berkata, dua mayat lelaki ditemui antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari manakala mayat seorang lelaki dan seorang wanita ditemui jam 4.30 petang.

“Mayat terbabit ditemui anggota tentera yang membuat rondaan di lokasi itu.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat,” katanya.

Beliau berkata, semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk dibedah siasat selepas dibawa keluar dari lokasi penemuan.

Semua mayat ditemui sejak kelmarin terdiri daripada tujuh lelaki dan tujuh wanita dipercayai warga Indonesia.

Semalam, Harian Metro melaporkan sembilan mayat ditemui di perairan Tanjung Rhu jam 9 pagi oleh nelayan yang turun ke pantai mencari kepah sebelum mayat seorang lagi ditemui jam 6.15 petang.

Bot sepanjang 9.14 meter dipercayai dinaiki semua mangsa itu ditemui 100 meter dari pesisiran pantai dalam keadaan terbalik.

Siasatan awal polis mendapati bot pancung itu belayar dari Batam, Indonesia jam 8.30 malam, Ahad lalu, sebelum karam jam 4 pagi, kelmarin.

Dua individu ditemui selamat di tepi pantai dan dalam hutan berhampira­n lokasi kejadian.

Polis mendapati bot itu membawa 40 penumpang dan percaya ramai penumpang berjaya menyelamat­kan diri.

Bot dipercayai karam berikutan laut bergelora dan dipukul ombak mencecah ketinggian 3.5 hingga 4.5 meter.

Teluk Intan:

 ??  ?? ZALINA (kiri) dipeluk ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di HSAH.
ZALINA (kiri) dipeluk ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di HSAH.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia