Harian Metro

‘Mungkin dia terkena sawan sebelum jatuh’

-

Gua Musang: “Pak cik hanya mampu berdoa anak segera ditemui,” kata Che Soh Yaacob, 75, bapa kepada lelaki yang hilang selepas dihanyutka­n arus Sungai Nenggiri di Kampung Pulau Setelu di sini, sejak kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, mangsa, Adnan, 44, terjatuh dari jambatan sementara kampung itu selepas terbabit kemalangan motosikal.

Che Soh berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu menghidap sawan sejak kecil dan dia tidak menolak kemungkina­n ketika kejadian anaknya diserang penyakit itu sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Katanya, dia juga sentiasa menasihatk­an anaknya tidak menunggang motosikal kerana bimbang keselamata­n lelaki itu jika melalui jambatan berkenaan.

“Anak pak cik selalu menunggang motosikal untuk menemui rakannya di kampung sekitar dan tak sangka kejadian buruk berlaku.

“Apa boleh buat kerana segala-galanya ketentuan Ilahi dan pak cik juga pasrah dengan perkara itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan, mangsa yang menunggang motosikal untuk ke seberang sungai merempuh belakang motosikal lain.

Kejadian itu menyebabka­n mangsa terjatuh daripada motosikal sebelum tercampak ke dalam sungai. Bagaimanap­un, motosikal mangsa tersangkut pada dawai pagar jambatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjay­a Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya berkata, gerakan mencari mangsa hilang dihanyutka­n Sungai Nenggiri di Kampung Pulau Setelu, dekat sini, berdepan kesukaran berikutan jambatan sementara kampung itu tenggelam awal semalam.

“Walaupun air sungai naik mendadak hingga menyebabka­n jambatan berkenaan tenggelam, namun operasi mencari mangsa hilang masih diteruskan,” katanya.

Terperangk­ap lebih dua jam sebelum diselamatk­an. Itu nasib dua pekerja ladang warga asing yang terkandas di ladang ternakan ayam FELDA Selancar 1, Muadzam Shah, di sini, selepas jalan masuk ladang itu dinaiki air, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, dua pekerja warga Indonesia berusia 40-an itu

 ??  ?? CHE Soh
CHE Soh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia