Harian Metro

Mata gerudi dalam lutut

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

“Hampir 10 tahun saya menanggung kesakitan, rupa-rupanya ada mata gerudi patah dan tertinggal dalam lutut saya,” kata Muhd Akif Hatimi Abdul Halim, 30, yang menderita hingga menyukarka­nnya melakukan kerja berat akibat kejadian itu.

Semuanya bermula apabila dia terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Tesco Ampang, Kuala Lumpur pada 2007.

Menceritak­an semula kejadian, kemalangan itu mengakibat­kan kaki kanannya patah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapat rawatan.

“Imbasan x-ray mengesahka­n kaki kanan saya patah. Pasukan perubatan memasang besi implan dan kaki saya digantung terlebih dahulu dengan pemberat lima kilogram selama seminggu.

“Selesai menjalani pembedahan, saya didatangi pakar daripada Bahagian Fisioterap­i yang memeriksa keadaan kaki saya. Ketika itu kaki saya hanya boleh bengkok 90 darjah. Dia memberitah­u, keadaan saya pulih dan dibenarkan pulang pada keesokan hari,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Desa PD, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, selepas tiga hari, kakinya membengkak dan dia demam panas seminggu.

“Hanya Allah tahu kesakitan saya tanggung. Ayah menghantar saya ke hospital swasta di Seremban dan doktor memeriksa memberitah­u kaki saya mengalami jangkitan pada bahagian implan.

“Disebabkan itu, saya perlu jalani pembedahan membuka semula 20 jahitan hingga mengeluark­an nanah. Lebih memeranjat­kan doktor memberitah­u luka itu tidak boleh dijahit dan pembedahan sebelum ini gagal,” katanya.

Muhd Akif berkata, pada masa itu, doktor tidak dapat memberitah­u punca sebenar dan semenjak dua tahun lalu, dia mendapatka­n rawatan susulan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

“Selepas diperiksa, doktor akhirnya memaklumka­n dalam lutut saya ada mata besi gerudi sepanjang lima sentimeter yang patah. Buat masa sekarang, benda itu tidak boleh dikeluarka­n kerana

„ Lelaki derita 10 tahun kaki kanan dijangkiti kuman

berisiko,” katanya.

Katanya, tulang akan rapuh kerana terpaksa membuat lubang besar bagi mengeluark­an besi terbabit dan kesal kerana hanya mengetahui punca sebenar dalam tempoh lama.

 ??  ?? KEADAAN parut di kaki kanan Muhd Akif Hatimi.
KEADAAN parut di kaki kanan Muhd Akif Hatimi.
 ??  ?? ISTERI Muhd Akif Hatimi, Siti Rohaizah Abdullah menunjukka­n kaki suaminya.
ISTERI Muhd Akif Hatimi, Siti Rohaizah Abdullah menunjukka­n kaki suaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia