Harian Metro

Projek isu hangat penduduk

-

Kuala Lumpur: Projek ikan sturgeon sebelum ini menjadi perbincang­an hangat terutama dalam kalangan penduduk yang menetap sekitar Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.

Rancangan mengadakan projek ikan sturgeon itu secara dasarnya diakui membawa kebaikan kepada ekonomi negara, selain mampu menambah pendapatan sama ada kepada agensi mahupun individu terbabit.

Jika dilaksanak­an, Pahang bakal muncul negeri pertama menjalanka­n ternakan ikan sturgeon yang tertumpu mendapatka­n hasil telur ikan berkenaan.

Bagaimanap­un, Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahka­n FELDA kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternaka­n ikan dengan sebuah anak syarikatny­a.

Laporan berkenaan menyebut FELDA kerugian RM28 juta membabitka­n empat anak syarikat dan syarikat di bawah kumpulanny­a yang ditubuhkan tanpa kelulusan Menteri Kewangan.

Syarikat itu ditubuhkan untuk melaksanak­an Projek Pertanian

Sturgeon di Pahang, restoran Savaro dan Projek Pastri Schneeball­en.

Menurut laporan itu, FELDA Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanja­kan

RM47.61 juta dalam projek ternakan ikan, tetapi pulanganny­a termasuk dari penternaka­n sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantun­gan projek berkenaan.

FCSB menandatan­gani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah FELDA.

Syarat perjanjian perkhidmat­an pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatan­gani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentinga­n FCSB.

 ??  ?? KERETA mewah antara yang dirampas SPRM.
KERETA mewah antara yang dirampas SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia