Afdlin lepas geram
Kemunculan Afdlin
Shauki & Acidiz Band yang ditubuhkan pada tahun 1998 mencetuskan fenomena tersendiri dalam arena muzik industri tempatan.
Mana tidaknya, band ini dianggotai nama besar seperti Afdlin Shauki selaku vokalis, Pacai (bass), Fendi (dram), Acis (keyboard) dan Aji (gitar). Boleh dikatakan majoriti persembahan band ini mendapat pujian ramai.
Namun pada 2005, perjuangan Acidiz Band yang mengangkat genre R&B dan jaz terhenti begitu sahaja.
Terbaru, band yang masih mengekalkan ahli kumpulan sama sejak 18 tahun lalu itu kembali beraksi dalam satu acara yang diberi nama Standing Up Singing yang berlangsung di Comedy Planet, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.
Pada acara itu, Afdlin bersama muzik pengiringnya memulakan persembahan kira-kira jam 9 malam dan berakhir pada 11 malam.
Standing Up Singing terbahagi kepada dua segmen dan setiap satunya berlangsung selama 60 minit.
Bagi setiap segmen,
Afdlin menyanyikan antara 10 hingga 15 lagu menggabungkan pelbagai rentak moden seperti R
& B dan jaz dalam bahasa Inggeris serta Melayu.
Lebih menarik, pada setiap persembahan Afdlin turut membuat stand up comedy (aksi lawak secara langsung) yang berjaya menggeletek hati setiap penonton yang hadir pada malam itu.
Hampir 100 penonton hadir ke acara berkenaan, Afdlin nyata teruja dan tidak menyangka dia masih mampu menyanyi dan mengingati lagu yang pernah dipopularkannya dulu.
Menurut Afdlin, segala persiapan bersama ahli Acidiz dilakukan melalui telefon dan mereka bertemu sehari sebelum acara untuk raptai penuh.
“Terus terang, saya terkejut apabila boleh menyanyi lagi. Selalunya saya hanya bernyanyi di dalam kereta bersama pembantu peribadi.
“Apa yang mengejutkan, ahli Acidiz juga masih boleh ingat setiap lagu yang pernah kami persembahkan.
“Alhamdulillah acara hari ini berjalan lancar dan diharap rakan serta peminat yang datang terhibur dengan persembahan kami,” katanya.
Afdlin berkata, dia puas apabila impiannya untuk kembali beraksi tercapai.
“Susah untuk saya gambarkan kepuasan ini. Rasanya sudah lama saya tak rasa seronok seperti ini. Ini kerana bidang nyanyian adalah cinta pertama saya namun terpaksa ditinggalkan kerana mahu menceburi bidang
Kembali menyanyi dalam acara Standing Up Singing bersama Acidiz Band