Saarvindran perkasa JDT II
Kelibat D Saarvindran akan menguatkan jentera serangan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ketika memulakan kempen Liga Perdana Jumaat ini dan ia pastinya menambah bisa skuad kendalian Benjamin Mora.
Pengendali dari Mexico itu berkata, Saarvindran sudah memulakan latihan bersama JDT II sejak tiga hari lalu dan dia sedang menyesuaikan diri dengan corak latihan yang diterapkan.
Beliau menegaskan pemain itu perlu bekerja keras jika mahu menempatkan diri dalam kesebelasan utama dan tiada tiket mudah untuk berada dalam skuad utama.
“Baru tiga hari Saarvindran menyertai latihan bersama JDT II dan dia menunjukkan peningkatan dalam latihan namun saya tidak boleh anggap pemain itu sudah bersedia kerana harus kena kerja keras lagi.
“Tidak semestinya pemain yang ada nama akan berada dalam skuad utama kerana falsafah saya amat mudah, jika pemain itu bersungguh-sungguh dan tunjuk karakter positif tidak mustahil dia akan berada dalam skuad utama.
“Apapun kehadirannya menguatkan lagi jentera serangan terutama di posisi sayap kiri atau kanan kerana pemain itu mampu beraksi di kedua-dua posisi itu dan kita tahu saingan Liga Perdana musim ini lebih getir,” jelasnya.
Mora juga berpuas hati dengan persiapan skuad Merah Biru ketika pemain import Alex Smith, Gabriel Guerra
dan Samuel Caceres menunjukkan peningkatan sepanjang latihan dan aksi persahabatan.
Beliau juga optimis pemain muda yang membarisi skuad JDT II mampu memberi impak positif apabila begitu komited sepanjang latihan dan sentiasa bekerja keras bagi mengharungi kempen liga yang bermula tidak lama lagi.
“Kombinasi pemain semakin hari menunjukkan peningkatan dan saya yakin kami akan memberi tentangan sengit apabila memulakan kempen liga nanti. Malah saya juga sudah hampir memutuskan kesebelasan utama,” ujar Mora.
Tambah bisa menjelang kempen
Liga Perdana Jumaat ini
(gambar)
Hang Tuah, malam kelmarin.
Menurutnya, pemain itu dilihat masih berada pada tahap kurang memberansangkan selepas diberi peluang beraksi dalam perlawanan itu.
Beliau mengakui cemas dengan situasi itu, namun berpuas hati dengan pemain lain yang beraksi lebih baik berbanding ketika perlawanan berdepan Johor Darul Ta’zim II di gelanggang sama sebelum ini.
“Seharusnya kami mampu meledak tiga gol pada babak pertama, namun nasib tidak menyebelahi kami menerusi percubaan yang dilakukan pemain serangan dan tengah.
“Malah dua peluang terbaik mencipta jaringan terhasil pada babak kedua, namun hanya satu menerjah jaring menerusi Ilja Spasojevic. Apapun saya anggap perlawanan amat positif dalam misi pembentukan pasukan terbaik,” katanya.
Williams berkata, apapun beliau positif pemain mampu melakukan lebih baik ketika perlawanan berdepan Kelantan di Kota Bahru 21 Januari ini dalam misi memburu tiga mata pada aksi pembukaan Liga Super.