Harian Metro

Perkenal kelab Maxoc

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Sebagai menambah kepelbagai­an aktiviti untuk ahli, Kelab Pemilik Axia Malaysia (Maxoc) buat kali pertama menyertai acara Putrajaya Autoshow Convoy & Gathering Car Club atau lebih dikenali dengan PACG.

Seramai 40 ahli dari wilayah Tengah, Utara, Selatan dan Timur Semenanjun­g Malaysia mewakili kelab itu ke program yang diadakan secara tahunan itu.

Dianjurkan baru-baru ini di Presint 3 Putrajaya oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama pelbagai badan yang lain acara ini menghimpun­kan kelabkeret­a dari seluruh negara dengan pelbagai aktiviti sampingan yang turut diadakan.

Antara program ketika PACG 2016 ialah autoshow, audioshow, gerai jualan, karaoke, paintball, memanah, cabutan bertuah dan banyak lagi disediakan untuk pengunjung.

Menurut Presiden

Maxoc, Saharudin Daud kelab mereka aktif menyertai pelbagai aktiviti permotoran di seluruh negara sebagai satu aktiviti yang boleh disertai oleh ahli-ahlinya.

“Selain berkumpul kami dapat memperkena­lkan kelab ini kepada masyarakat terutama kepada pemilik dan bakal pembeli kereta Perodua Axia untuk sama-sama menjalani aktiviti berfaedah,” katanya.

Kelab yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) ini ditubuhkan pada Ogos 2014 dan kini mempunyai ahli terkumpul di seluruh Malaysia melebihi 800 orang daripada pelbagai bangsa serta peringkat umur.

Maxoc juga sering menganjurk­an aktiviti kebajikan dan kerja amal, hari keluarga dan pertanding­an sukan seperti futsal, bowling dan bola sepak yang sentiasa mendapat penyertaan baik daripada ahlinya.

Sama ada hujung minggu atau bulanan kebanyakan ahli jawatankua­sa kelab sering berjumpa untuk aktiviti Sesi Teh Tarik (TT) bagi merancang perjalanan aktiviti serta menerima pelbagai jemputan di peringkat negeri atau kebangsaan seperti Karnival Pertubuhan Kebangsaan di Melaka pada Oktober tahun lalu.

Kelab Maxoc juga mengalu-alukan semua pemilik kereta Axia di seluruh Malaysia menyertai kelab ini dan melayari laman sesawang www.axiaclub. my atau Facebook rasmi dengan carian: MyAxia Owners Club Maxoc untuk maklumat lebih lanjut.

 ??  ?? AHLI kelab Maxoc ketika menyertai
aktiviti di Putrajaya.
AHLI kelab Maxoc ketika menyertai aktiviti di Putrajaya.
 ??  ?? ANTARA aktiviti sukaneka yang
diadakan.
ANTARA aktiviti sukaneka yang diadakan.
 ??  ?? AXIA antara 15 kelab kereta
menyertai PACG 2016.
AXIA antara 15 kelab kereta menyertai PACG 2016.
 ??  ?? KELAB ini juga mempunyai ahli wanita yang aktif.
KELAB ini juga mempunyai ahli wanita yang aktif.
 ??  ?? PENYERTAAN sebanyak 40 kereta daripada Maxoc.
PENYERTAAN sebanyak 40 kereta daripada Maxoc.
 ??  ?? SAHARUDIN
SAHARUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia