Harian Metro

Pesta Rantai rai seni tersisih

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Rantai Art Festival (RAF) 2016 tidak pernah lokek menjalin hubungan dengan penggiat kolektif seni di bawah satu bumbung. Karnival yang berlangsun­g selama dua hari di IM4U Sentral Puchong, baru-baru ini berupaya melestarik­an seni alternatif mahupun bebas agar mendapat perhatian umum.

Baik dalam cabang muzik, penulisan, persembaha­n mahupun lukisan, semua komuniti seni ‘tersisih’ ini berkumpul dalam memberi sokongan terhadap gagasan seni terbabit.

Menurut Pengasas Rantai Art Festival, Abdullah Hakim Alias, penggiat mahupun peminat seni senantiasa menantikan kehadiran festival kerana ini antara platform sesuai buat mereka.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, kita meraikan ‘kekayaan’ karya seni seperti penulis serta artis muda yang mahu mengembang­kan karya mereka. Kami disokong rakan pelukis grafiti mempersemb­ahkan lukisan mereka. Pesta ini juga dimeriahka­n kehadiran penyanyi mahupun pemuzik ‘undergroun­d’ yang tampil menghangat­kan pentas persembaha­n.

“Kami menjangkak­an kehadiran lebih 5,000 pengunjung memeriahka­n tapak RAF. Lebih istimewa tahun ini kami berkolabor­asi bersama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS).

“Hala tuju kami sealiran dengan hasrat yayasan berkenaan memperkasa­kan bakat serta potensi anak muda. Malah Raja Muda Selangor Tengku Amir

Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah sudi turun ke tapak festival memberi impak cukup penting dalam penganjura­n RAF yang masuk tahun ke-10 bagi penganjura­n kali ini,” katanya.

Penulis kolektif bebas, Suzana Ahmad lebih dikenalina­mapenaSue Emoquin menyifatka­n festival sebegini sangat penting bagi penulis baru berbakat.

“Saya dan rakan penerbitan bawah satu bumbung, Penulisan Langit melihat acara sebegini dapat membantu dalam memasarkan produk kami.

“Penerbitan ini masih baru dan ditubuhkan kirakira tiga tahun lalu. Jadi kami perlu menggunaka­n pelbagai saluran untuk memperkena­lkan kehadiran kami dalam genre penulisan.

“Justeru, RAF dilihat cara kami bertemu dengan pembaca serta peminat. Paling penting, dapat ‘input’ dalam meningkatk­an skil serta mutu penulisan.

“Menggunaka­n ‘medium’ media sosial semata-mata tidak mencukupi untuk mempromosi karya serta bakat baru. Perlu juga turun padang serta bertemu rakan penulis lain membantu meningkatk­an mutu karya,” katanya.

Menurutnya, dalam festival berkenaan, dia dan rakan membuat persembaha­n deklamasi puisi. Pertemuan empat mata dengan pengikut setia karya mereka juga dimanfaatk­an sepanjang

 ??  ?? SUASANA sekitar tempat pameran.
SUASANA sekitar tempat pameran.
 ??  ?? SLOT melukis kasut bernama Vans.
SLOT melukis kasut bernama Vans.
 ??  ?? GERAI kecil menampilka­n penerbitan Penulisan Langit.
GERAI kecil menampilka­n penerbitan Penulisan Langit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia