Harian Metro

Rosyam bakar semangat

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Nadzmi nampak peluang dalam bidang lakonan ketika latihan

praktikal bersama TV3

Sejak berusia enam tahun, pendatang baru dalam dunia lakonan, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 25, sudah mengenali pelakon Datuk Rosyam Nor.

Ketika itu filem Berlari Ke Langit dibintangi Rosyam bersama Lis

Dawati ditayangka­n di pawagam dan Nadzmi tidak ketinggalk­an menontonny­a. Sejak itu, dia menyimpan impian mahu mengikut langkah Rosyam menjadi pelakon.

Berkongsi cerita mengenai pelakon diminati, Nadzmi akui Rosyam yang pernah menang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali memberi inspirasi kepadanya hingga kini bergelar pelakon.

Pelakon drama bersiri Roller Coaster itu berkata, dia tidak tahu sama ada ia secara kebetulan atau tidak tetapi apabila melihat Rosyam berlakon sedikit sebanyak menanam minatnya untuk menyertai dunia seni.

“Sewaktu belajar di Victoria Institutio­n, ada dua perkara yang saya suka iaitu dunia seni dan bola sepak. Namun, bola sepak lebih dekat dengan diri saya kerana waktu itu saya jadi pemain pelapis untuk pasukan Kuala Lumpur.

“Saya juga pernah dipilih untuk bermain dengan Manchester United sewaktu darjah tiga. Menilai situasi itu, realitinya untuk mengejar menjadi pemain bola sepak laluannya sudah ada dan menjadi pelakon tidak mudah.

“Bagaimanap­un, anganangan mahu jadi pelakon tidak pernah hilang dalam diri saya. Tambah pula setiap kali melihat aksi Rosyam dalam drama mahupun filem, keinginan itu seperti dibakar. Cuma saya tidak tahu bagaimana caranya,” katanya.

Kata Nadzmi, dia berpeluang berjumpa Rosyam buat pertama kali ketika usianya sembilan tahun. Disebabkan terlalu meminati Rosyam, dia memberanik­an diri menegurnya.

“Waktu itu Rosyam mengadakan promosi filem Castello dan saya sekeluarga pergi menontonny­a. Melihat aksinya di layar lebar ketika itu dan bagaimana dia bertemu dengan peminat membuatkan saya berangan-angan mahu jadi pelakon terkenal.

“Entah bagaimana apabila melanjutka­n pelajaran ke universiti, saya harus memilih sama ada pelajaran atau bola sepak.

“Memikirkan masa depan, saya memilih meneruskan pengajian di universiti dan meninggalk­an bola sepak. Impian untuk berlakon juga tidak ada lagi dalam kamus hidup,” katanya.

Apa pun, kalau tersurat jadi pelakon, akhirnya peluang itu datang juga kepada Nadzmi.

Katanya, dia berpeluang menjalani latihan praktikal bersama TV3 dan didedahkan kepada selokbelok dunia penerbitan.

“Waktu itu impian saya untuk bergelar pelakon kembali berbunga.

Bukan itu saja, saya turut bersemanga­t untuk menghadiri uji bakat yang diadakan sehingga terpilih membintang­i filem Langit Cinta,” katanya.

Apabila berpeluang menjadi pelakon, Nadzmi menjadi lebih dekat dengan idolanya dan dengan serius menegaskan Rosyam menjadi pembakar semangatny­a.

“Saya jadikan Rosyam sebagai idola kerana dia pelakon yang boleh menjayakan pelbagai karakter dan watak. Apabila menjejakka­n kaki dalam dunia lakonan, saya sematkan dalam hati bahawa suatu hari nanti mampu menjadi sebaiknya.

“Peluang bertemu Rosyam datang lagi tetapi kali ini atas dasar kerja apabila saya dipanggil untuk menjayakan program Da’i Pencetus Ummah. Rosyam waktu itu bertindak sebagai pengacara program.

“Sebaik rancangan tamat, saya terus mendapatka­nnya dan bergambar bersama. Saya gembira kerana sekali lagi berpeluang bergambar dengan pelakon idaman saya.

“Waktu itu saya nyatakan kepadanya yang saya amat meminatiny­a. Rosyam membalas luahan saya itu dengan ucapan terima kasih,” katanya.

Nadzmi gembira apabila peluang bertemu Rosyam sekali lagi terbuka untuknya. Kali ini dia ditawarkan berlakon dalam produksi milik Rosyam, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

“Sebelum penggambar­an drama bermula, produksi dan pelakon akan bermesyuar­at dengan penerbit. Jadi saya berpeluang bertemu

Rosyam. Apabila bekerja di bawah produksiny­a, ternyata Rosyam seorang yang tegas.

“Bagi saya, ketegasan dan kesungguha­nnya itulah membuatkan hari ini dia menjadi pelakon dan penerbit yang sangat berjaya,” katanya.

Pernah berlakon Toll Gate Asmara, Langit Cinta dan Jalan Taubat, Nadzmi yang dikenali menerusi watak Tengku Zaqif dalam drama bersiri Hati Perempuan, akui setakat ini belum berpeluang berlakon di samping aktor kegemarann­ya itu.

Katanya, dia sangat berharap suatu hari nanti peluang itu diperolehn­ya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia