Harian Metro

Malaysia bimbang Daish cari tempat perlindung­an baru

-

Kluang: Malaysia bimbang kejayaan Barat menentang kumpulan pengganas Daish (IS) di Syria dan Iraq menyebabka­n militan berkenaan menyusup keluar mencari tempat perlindung­an baharu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, Malaysia, Filipina dan Indonesia bersetuju untuk mengadakan kerjasama termasuk menentang habis-habisan ancaman kumpulan militan IS

“Jika tidak selatan Thailand, selatan Filipina dan di Rakhine, Myanmar, saya bimbang jika kita tolak mereka ke satu sudut nanti, mereka tidak ada pilihan menyertai dan menyokong IS.

“Pendirian kerajaan kita jelas. Perdana Menteri mendapat sokongan jemaah menteri untuk mengadakan mesyuarat OIC (Pertubuhan Negara Islam) bagi menangani isu Rohingya di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Geran kepada 84 peneroka tanah di FELDA Ulu Penggeli, di sini, semalam.

Katanya, keperluan mengadakan mesyuarat khas itu amat penting termasuk untuk menilai sejauh mana isu Rohingya membabitka­n isu lebih besar sehingga mengundang ketidaksta­bilan di rantau ini.

“Fahaman militan berkenaan dikesan sudah menyusup di selatan Filipina apabila militan Abu Sayyaf berbaiah menyokong IS.

“Apabila mereka gagal di Syria dan Iraq, (mereka) terpaksa mencari kawasan perlindung­an lain atau wilayah Islamiah di tempat lain, tiada sebab kita terkecuali daripada mereka.

“Sebab itu kerajaan bersama ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bekerjasam­a dengan Filipina dan Indonesia di bawah perancanga­n untuk melihatnya bersama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia