Harian Metro

SERVIS GRO

- Ibrahim Isa ibrahim_isa@hmetro.com.my

Bilik karaoke bernilai ribuan ringgit diberikan secara percuma disertai pelayan pelanggan (GRO) warga asing antara taktik pemilik empat pusat hiburan memerangka­p enam penjawat awam supaya tidak mengambil tindakan terhadap mereka.

Bahkan dua daripada pegawai kerajaan itu didapati positif dadah dipercayai akibat terlalu kerap menggunaka­n keistimewa­an itu dan kini berdepan risiko diberhenti­kan perkhidmat­an selepas ditahan dalam empat serbuan berasingan bermula jam 12 tengah malam, kelmarin, hingga 9 pagi, semalam.

Mereka ditahan dalam operasi bersepadu khas membabitka­n 200 anggota dan pegawai polis Johor, Pasukan Penguatkua­sa Pemulihan Hasil Negara, pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dilakukan di dua premis di Taman Abad serta masing-masing satu di Taman Sentosa dan Nusa Bestari.

“Hasil pemeriksaa­n, kami menahan 63 warga asing terdiri daripada 56 GRO iaitu Vietnam (34), China (20) dan Indonesia (dua) berusia antara 19 hingga 34 tahun.

“Selain itu, kami menahan masing-masing seorang lelaki warga Taiwan dan Myanmar, empat lelaki Nepal dan seorang wanita Myanmar berusia antara 22 hingga 37 tahun kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pada masa sama daripada jumlah itu, kami menyelamat­kan 10 wanita terdiri daripada lapan warga Vietnam dan dua warga China berusia 17 hingga 30 tahun yang diperdaya

„ Pusat hiburan perangkap penjawat awam supaya tak ambil tindakan

menjadi pelayan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau yang mengetuai operasi itu bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati 55 pengunjung termasuk 12 wanita positif dadah termasuk dua penjawat awam berkenaan.

Katanya, semua enam penjawat awam itu berusia 40-an ditahan di Taman Abad dengan dua daripada mereka kini ditahan kerana positif ekstasi manakala empat rakannya yang lain diambil keterangan oleh SPRM.

Menurutnya, pihaknya juga menahan lima lelaki dan dua wanita tempatan berusia 19 hingga 50 tahun kerana bekerja di empat premis itu selain empat wanita serta dua lelaki dikehendak­i polis berusia 21 hingga 32 tahun.

“Kami turut merampas 41 mesin perjudian haram yang ditempatka­n di premis berkenaan manakala kehadiran pegawai kanan LHDN dan SPRM adalah bagi mengenal pasti pencabulan undang-undang Akta Cukai Pendapatan dan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen, Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen, Seksyen 14 dan Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Selain itu, agensi terbabit akan menjalanka­n siasatan mengikut bidang kuasa masing-masing seperti penyalahgu­naan kuasa, mengelak cukai, penjualan minuman keras, judi, pelacuran dan menggaji pekerja asing tanpa permit,” katanya.

 ??  ?? ANTARA GRO yang ditahan dalam operasi bersepadu pagi semalam.
ANTARA GRO yang ditahan dalam operasi bersepadu pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia