Harian Metro

Harap Kim Swee kekal

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan Bakri Ibni menegaskan kegagalan skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF sebagai bukti jelas kegagalan pembanguna­n bola sepak tanah air.

Bakri, bekas pemain skuad Olimpik 1980 berkata, kepincanga­n itu bukan perkara baharu namun harapan yang tinggi masih diletakkan di bahu skuad Harimau Malaysia.

“Lupakan saja pasukan kebangsaan, lupakan saja pasukan peringkat umur yang lain jika kita tidak mahu membuat perubahan kepada sistem pembanguna­n kita. Jika pembanguna­n bola sepak yang kita jalankan sekarang, dengan mewujudkan pelbagai program termasuk sekolah sukan masih belum dapat melahirkan pemain bintang, itu bermaksud pembanguna­n kita itu dijalankan secara tidak betul. Kuala Lumpur: “Saya harap beliau dikekalkan,” itu pandangan pemain kebangsaan S Veenod mengenai masa depan jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee selepas Malaysia terkandas pada peringkat kumpulan Piala AFF.

Menurut pemain dari Pulau Pinang itu, dia berharap Kim Swee kekal dan tidak digantikan dengan jurulatih baharu walaupun Malaysia gagal mengulangi pencapaian edisi terdahulu apabila mara ke perlawanan akhir.

“Saya rasa pemain yang ada dalam pasukan kebangsaan sudah sesuai dengan corak latihannya, kalau ambil jurulatih baru mungkin ia akan mengambil sedikit masa,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Jelasnya, salah satu sebab mengapa Kim Swee harus di- kekalkan ialah kerana statusnya sebagai jurulatih tempatan dan senang buat pemain untuk memberi kerjasama.

“Semua

pemain

sudah memberikan persembaha­n paling baik tapi nasib tidak menyebelah­i kami. Mungkin ramai di luar sana yang tidak faham. Kami bawa nama Malaysia, apa yang jurulatih berikan kami ambil untuk buat yang terbaik,” ujar pemain Selangor itu.

Veenod menyatakan memang mereka kecewa tidak berjaya membantu Malaysia melepasi peringkat kumpulan Piala AFF tetapi mereka sudah memberikan yang terbaik serta tidak mempunyai sebarang masalah dengan jurulatih.

Malaysia gagal ke separuh akhir Piala AFF di Yangon, Myanmar apabila tumpas 0-1 kepada tuan rumah pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

 ??  ?? BAKRI
BAKRI
 ??  ??
 ??  ?? Semua pemain sudah memberikan persembaha­n paling baik tapi nasib tidak menyebelah­i kami. Mungkin ramai di luar sana yang tidak faham. Kami bawa nama Malaysia, apa yang jurulatih berikan kami ambil untuk buat yang terbaik”
Semua pemain sudah memberikan persembaha­n paling baik tapi nasib tidak menyebelah­i kami. Mungkin ramai di luar sana yang tidak faham. Kami bawa nama Malaysia, apa yang jurulatih berikan kami ambil untuk buat yang terbaik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia