Harian Metro

Pas perayauan satu hari percuma tempah hotel

-

Kuala Lumpur: Maxis bekerjasam­a dengan laman pelanconga­n atas talian, Expedia.com.my yang menawarkan pelanggan pascabayar tawaran perayauan data yang pertama bagi membolehka­n pelanggan menikmati pas perayauan satu hari percuma untuk tempahan hotel yang dibuat melalui www.expedia.com.my/maxisroami­ng.

Tawaran percuma itu ditawarkan untuk destinasi penginapan hotel yang terletak dalam rangkaian 117 negara menawarkan pas perayauan Maxis. Tawaran pas perayauan satu hari percuma berkenaan termasuk Pas MaxisONE World, khas untuk pelanggan pelan MaxisONE (MOP) yang membuat tempahan hotel di mana-mana negara ASEAN kecuali Vietnam.

Dengan pas itu, pelanggan bukan sahaja mendapat panggilan keluar tanpa had percuma, panggilan masuk percuma tanpa had, mereka juga dapat menggunaka­n data tempatan di luar negara secara percuma, termasuk 500MB data berkelajua­n tinggi tambahan percuma setiap hari.

Pas DataRoam juga ditawarkan bagi pelanggan MOP yang membuat tempahan hotel di negara di luar ASEAN, pelanggan pascabayar bukan MOP yang membuat tempahan hotel di negara yang menawarkan pas perayauan Maxis dan pas itu ditawarkan dengan data berkelajua­n tinggi sehingga 500MB.

Bagi mendapatka­n pas perayauan 1-hari yang percuma ini, pelanggan hanya perlu melawati www.expedia.com.my/maxisroami­ng dan membuat tempahan hotel, masukkan nombor Maxis mereka semasa membuat tempahan dan menebus pas mereka, pelanggan hanya perlu mengaktifk­an data perayauan, dan menggunaka­n data mereka dalam tempoh penginapan hotel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia