Harian Metro

Berang bakal diberhenti­kan kerja

-

Marang: Akibat tidak berpuas hati kerana akan diberhenti­kan kerja dipercayai menjadi motif seorang lelaki warga Thailand memukul hingga mati seorang wanita yang juga majikannya dalam kejadian di Kampung Che Jah di Binjai Rendah di sini, kelmarin.

Ibu tunggal berkenaan yang juga warga Thailand, Hayimatiyo­h @ Sharipah, 35, ditemui mati dengan sembilan kecederaan di kepala di bahagian dapur rumahnya kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, suspek berusia 20-an yang dipercayai penagih dadah itu dikatakan baru enam bulan bekerja dengan mangsa.

Menurutnya, berdasarka­n maklumat, mangsa pernah beberapa kali menyatakan hasrat mahu memberhent­ikan lelaki itu kerana tidak tahan diugut lelaki terbabit untuk mendapatka­n wang.

“Ada jiran memaklumka­n mendengar bunyi bising dari rumah mangsa jam 2.30 petang.

“Jiran mangsa mendakwa terdengar jeritan dari rumah mangsa yang dikenali sebagai Kak Pah itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, suspek juga ada dilihat di luar rumah kira-kira jam 3 petang selepas bunyi bising itu tetapi apabila ditanya oleh penduduk kampung kepadanya mengenainy­a, lelaki terbabit mendakwa ada ular besar di dalam rumah sebelum dia beredar dari situ.

“Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan pemeriksaa­n lanjut di lokasi turut menemui sebatang kayu berukuran 30 sentimeter dalam tong sampah yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa.

Menurutnya, gerakan memburu suspek giat dijalankan dengan bantuan polis termasuk Kelantan dan Thailand.

Katanya, suspek dipercayai melarikan diri ke arah Kelantan melalui Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dengan menunggang sebuah motosikal. Kuala Terengganu: Polis buru lelaki dikenali sebagai Apree @ Apri Mamat berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh wanita warga Thailand di Kampung Che Jah di Binjai Rendah, Marang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek yang juga berasal dari Thailand itu turut dikenali sebagai Awi dan dikenal pasti sebagai pekerja mangsa serta dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu.

Menurutnya, kali terakhir suspek dilihat menunggang motosikal milik arwah suami mangsa jenis Honda EX5 merah bernombor pendaftara­n TBK 2489.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainy­a diminta dapat menghubung­i balai polis berdekatan untuk diambil tindakan selanjutny­a,” katanya.

Kelmarin, Hayimatiyo­h @ Sharipah, 35, yang juga peniaga pasar malam dan ibu tunggal kepada anak perempuan berusia enam tahun ditemui mati dengan sembilan kesan kecederaan di kepala jam 7.30 malam di dapur rumahnya.

 ?? Wan Abd Aziz ?? Kali terakhir suspek dilihat menunggang motosikal milik arwah suami mangsa Honda EX5 merah bernombor pendaftara­n TBK 2489”
Wan Abd Aziz Kali terakhir suspek dilihat menunggang motosikal milik arwah suami mangsa Honda EX5 merah bernombor pendaftara­n TBK 2489”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia