Harian Metro

Dilayan bagaikan ‘raja sehari’

-

Segamat: Seorang kanak-kanak kerdil, Mohammad Zawawi Zainal Abidin, 10, menjadi tumpuan ramai apabila diraikan bagaikan ‘raja sehari’ dengan lengkap berpakaian pahlawan dan diiringi paluan kompang serta pencak silat sempena majlis berkhatan di rumahnya di Taman Suria, Buloh Kasap, di sini, kelmarin.

Bapanya yang juga pengamal perubatan tradisiona­l, Zainal Abidin Abdul Wahab, 43, berkata, dia bersama isteri, Norzalida Jamil, 37, tidak menjangka ribuan tetamu hadir memeriahka­n majlis berkhatan anak tunggalnya itu.

“Asalnya kami merancang mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yasin dalam kalangan penduduk membabitka­n kariah setempat namun atas kerjasama diberikan penduduk dan saudara mara, keadaan bertukar sebaliknya.

“Mereka membantu mendirikan khemah dan majlis seolah jemputan perkahwina­n kerana dihadiri penduduk pelbagai kaum walaupun kami hanya mengedarka­n ratusan kad jemputan saja sejak beberapa minggu lalu sempena cuti penggal persekolah­an kini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap Nurshida Ibrahim dan Pengerusi Surau Al-Azim Taman Suria Yazid Mohamad Nor.

Katanya, dia tetap bersyukur dengan anugerah Allah di sebalik keadaan anaknya yang hanya memiliki ketinggian kira-kira 130 sentimeter itu.

Zainal Abidin berkata, keluargany­a turut menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 secara bulanan kerana menggunaka­n tongkat untuk berjalan disebabkan kedua-dua kakinya lemah.

“Anak saya turut menerima RM150 kerana dikategori­kan orang kurang upaya,” katanya.

Menurutnya, lauk pauk dihasilkan secara rewang antaranya sayur nangka masak lemak dan rendang daging.

Katanya, anak lelakinya itu berpakaian baju Melayu bertanjak diarak sejauh 100 meter dari perkaranga­n Surau Al-Azim ke kediamanny­a oleh penduduk setempat.

“Majlis dimeriahka­n dengan persembaha­n silat manakala tetamu membanjiri kediaman mulai jam 11 pagi hingga 4 petang,” katanya.

Zainal Abidin berkata, majlis berkhatan pula diadakan di sebuah klinik swasta di Batu Hampar, di sini, kira-kira jam 10 malam, kelmarin, dan anaknya itu langsung tidak berasa takut.

 ??  ?? MOHAMMAD Zawawi diarak atas tandu dari Surau di Taman Suria, Segamat.
MOHAMMAD Zawawi diarak atas tandu dari Surau di Taman Suria, Segamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia