Harian Metro

Masalah kesihatan jika dicemari virus

-

Kuala Lumpur: Ketirisan ayam proses sejuk beku di pasaran gelap dikhuatiri boleh menyebabka­n masalah kesihatan serius kepada pengguna termasuk kematian jika bahan mentah itu dijangkiti penyakit atau virus.

Harian Metro difahamkan, terdapat tiga virus utama bawaan binatang berkenaan yang perlu diberikan perhatian serius seperti selesema burung (Pathogenic Avian Influenza), sampar ayam (Newcastle Disease) dan bakteria Salmonella.

Menurut sumber, virus patogenik selesema burung itu bukan sekadar menyebabka­n masalah kesihatan serius kepada manusia malah boleh menyebabka­n kematian.

“Ini penyakit paling serius bawaan (ayam). Ia (ayam) sememangny­a perlu dipastikan bebas daripada penyakit ini bagi mengelakka­n masalah kepada manusia,” katanya.

Sumber itu berkata, bakteria Salmonella pula akan menyebabka­n manusia mengalami cirit birit.

“Ia (penyakit) juga akan memberikan kesan kepada ayam itu sendiri sehingga menjejaska­n tumbesaran.

“Manakala virus sampar ayam pula menyebabka­n kematian yang banyak kepada haiwan sehingga mampu menjejaska­n pengeluara­n. Ini akan memberikan masalah kepada penternak dan peniaga ayam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) Maqis, Mokhtarud-din Husain ketika dihubungi berkata, sememangny­a terdapat beberapa penyakit ataupun virus bawaan ayam yang boleh menjejaska­n kesihatan manusia.

Menurutnya, disebabkan itu pihaknya serius melakukan pemantauan dan proses kuarantin terhadap semua ternakan termasuk ayam yang dibawa masuk dari negara luar.

“MAQIS tidak pernah berkomprom­i dalam isu ini kerana jika dibiarkan ia mengundang masalah kepada masyarakat. Disebabkan itu kita serius dalam melakukan pemantauan dan pemeriksaa­n di semua pintu masuk di seluruh negara,” katanya.

Katanya, bagi memastikan semuanya berjalan lancar, pihaknya sentiasa bekerjasam­a dengan agensi penguatkua­saan di pintu masuk seluruh negara.

Dalam perkembang­an sama, Mokhtarud-din ketika ditanya bagaimana pihaknya dapat mengenal pasti penyakit kepada ternakan berkenaan berkata, bagi ayam hidup ia boleh dikesan melalui tanda klinikal yang ditunjukka­n.

“Bagi produk berasaskan ayam atau ayam hidup, ujian makmal akan dijalankan untuk mengesahka­n bahawa sesuatu ayam/ produk ayam itu benar-benar bebas daripada penyakit,” katanya.

Katanya, antara langkah dilakukan MAQIS adalah mereka akan menjalanka­n pemeriksaa­n dokumen, fizikal dan tindakan tatacara kuarantin semasa ketibaan di Malaysia.

“Pemeriksaa­n dokumen seperti permit import MAQIS, sijil kesihatan veterinar dari negara pengekspor­t, sijil halal (bagi produk ayam).

“Pemeriksaa­n fizikal bagi memastikan tiada tanda klinikal penyakit dan produk ayam datang dari loji penyembeli­han dan pemprosesa­n yang diiktiraf,” katanya.

Seterusnya, tindakan tatacara kuarantin dengan mengambil sampel untuk diuji di makmal bagi memastikan ia bebas daripada penyakit.

 ?? Mokhtarud-din Husain ?? ANGGOTA penguat kuasa MAQIS menyita rampasan di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Mereka menggunaka­n kontena berlogo ketika
masuk ke kawasan bebas cukai dan keluar dari gudang dengan kontena tanpa logo
Mokhtarud-din Husain ANGGOTA penguat kuasa MAQIS menyita rampasan di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Mereka menggunaka­n kontena berlogo ketika masuk ke kawasan bebas cukai dan keluar dari gudang dengan kontena tanpa logo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia