Harian Metro

KENALI BUDAYA JEPUN CARA MENYERONOK­KAN

- DARI MUKA 15

Program Hari Budaya juga platform untuk tarik pelbagai golongan

generasi muda ke muzium

Buat pertama kalinya Muzium Negara membuka ruang kepada bangsa asing memperkena­lkan pesta budaya mereka yang diadakan di ruang utama muzium.

Ini berikutan wujudnya kumpulan sukarelawa­n Jepun yang membantu pelancong asing khususnya dari negara matahari terbit itu mengenali Malaysia kala berkunjung ke Muzium Negara.

Jelas Ketua Koordinato­r Hari Budaya Jepun Sukarelawa­n Muzium 2016 ini, Junko Hayamizu, pesta yang julung kali diadakan ini salah satu usaha Muzium Negara mempelbaga­ikan aktiviti budaya bagi menarik minat pelbagai golongan.

“Tidak ramai generasi hari ini gemar ke muzium malah ada yang langsung tidak tahu apa yang ada di muzium.

“Objektif penganjura­nnya adalah untuk meraikan lebih 50 sukarelawa­n Jepun yang berkhidmat di Muzium Negara, di samping meningkatk­an kefahaman pengunjung mengenai budaya masyarakat Jepun.

“Pada masa sama, Hari Budaya ini dilihat sebagai platform mudah untuk menarik pelbagai golongan khususnya generasi muda ke muzium.

“Ia bukan acara tipikal budaya yang sering dianggap membosanka­n tetapi pesta budaya Jepun ini penuh meriah dengan pelbagai aktiviti seperti permainan, tarian, persembaha­n seni mempertaha­nkan diri dan bazar jualan.

“Disebabkan ia berlangsun­g seiring dengan musim panas di Jepun, acara ini juga menjadi medan kepada masyarakat tempatan yang meminati budaya Jepun untuk menyambut pesta Bon Odori iaitu festival musim panas bersama kami di muzium ini,” katanya.

IAIDO DAN YUKATA

Antara aktiviti yang menjadi tumpuan pengunjung ke Hari Budaya Jepun Sukarelawa­n Muzium 2016 ini ialah demonstras­i pakaian kimono, persembaha­n seni bela diri iaido dan tarian Bon Odori.

Seawal jam 10 pagi, pengunjung beratur bagi mencuba menyarungk­an kimono pelbagai warna sambil dibantu sukarelawa­n, di samping mendapatka­n maklumat mengenai helaian tradisiona­l

Jepun itu.

Wujud pelbagai jenis kimono bagi menepati keperluan majlis dan keadaan cuaca. Kimono dikenal pasti mula digunakan oleh masyarakat Jepun pada 1,300 tahun lalu.

Rekaan, warna dan bentuknya pula berbeza antara satu sama lain bagi

 ??  ?? 1. SEBAHAGIAN seni lukisan Jepun yang
dijual di ruang bazar antarabang­sa.
2. TARIAN Bon Odori sebagai simbolik kepada keraian musim
panas dan musim menuai.
3. SENI bela diri iaido mengguna pakai falsafah samurai merangkumi...
1. SEBAHAGIAN seni lukisan Jepun yang dijual di ruang bazar antarabang­sa. 2. TARIAN Bon Odori sebagai simbolik kepada keraian musim panas dan musim menuai. 3. SENI bela diri iaido mengguna pakai falsafah samurai merangkumi...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia