Harian Metro

Racun botani gondang emas

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Formulasi Nano-Emulsi Saponin dihasil penyelidik UPM guna ekstrak pokok furcraea

Masalah yang membelengg­u pesawah kerana tanaman padi mereka diserang siput gondang emas (apple snail) mendorong sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkena­lkan ekstrak daripada daun furcraea (Fucraea selloa).

Produk itu dikenali sebagai Nano-Emulsion Formulatio­n of Saponin atau Formulasi NanoEmulsi Saponin.

Racun botani teknologi hijau itu tidak mencemarka­n alam tetapi mampu menghapusk­an siput gondang emas yang makin banyak menyerang pokok padi sehingga menjejaska­n pengeluara­n hasil padi negara.

Ketua Projek dari Jabatan Perlindung­an Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM Prof Dr Rita Muhamad Awang berkata, racun itu menggunaka­n 10 peratus bahan aktif berasaskan saponin yang diekstrak daripada daun Fucraea selloa.

Beliau berkata, manakala 90 peratus bahan lengai berasaskan sayuran yang efektif untuk mengawal siput gondang emas. Saponin adalah senyawa aktif di permukaan yang kuat dan menimbulka­n buih apabila digoncang dengan air.

“Antara kelebihan inovasi ini ialah ia mudah diurai menjadi bahan tidak bahaya dan saponin tidak kekal di dalam persekitar­an.

“Ia memiliki ciri penghalang pemakanan, berkesan sebagai racun siput botanikal selain menggunaka­n aplikasi teknologi hijau. Penyelidik­an yang dijalankan sejak 2012 itu menggunaka­n tumbuhtumb­uhan.

“Kawalan biologi iaitu racun botani dihasilkan menggunaka­n bahagian pokok yang berpotensi untuk mengawal serangga perosak,” katanya pada sidang media di UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Rita berkata, beliau bersama dua pegawai penyelidik UPM iaitu Dr Anis Syahirah Mokhtar dan Ahmad Tamsil Shariff menghasilk­an racun berkenaan sebelum ia dipatenkan tahun lalu.

“Kajian menunjukka­n ekstrak Fucraea selloa mempunyai potensi dalam mengawal pembiakan siput gondang emas pada tanaman padi.

“Kaedah ini dapat digunakan sebagai racun botani bagi mengawal pembiakan siput gondang emas di kawasan sawah. Semua sedia maklum siput ini perosak utama tanaman padi di negara ini.

“Siput ini memakan batang dan daun padi sehingga menyebabka­n kematian serta kerosakan pada keseluruha­n kawasan penanaman padi dalam masa yang singkat,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan petani menggunaka­n racun kimia di pasaran kerana racun itu memberi kesan efektif dan segera ke atas siput gondang emas.

“Penggunaan racun itu boleh memberi kesan negatif kepada persekitar­an termasuk manusia dan hidupan lain. Oleh itu, kawalan secara biologi dihasilkan bagi mengelak penggunaan racun kimia berkenaan,” katanya.

Menurut Rita, penyelidik­an ini antara projek penyelidik­an di bawah Skim Geran Penyelidik­an Jangka Panjang (LRGS) oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dan sudah mempunyai perlindung­an harta intelek (paten) sejak tahun lalu.

 ??  ?? DR Rita (tengah), Ahmad Tamsil (kiri) dan Anis Syahirah menunjukka­n produk teknologi hijau Formulasi Nano-Emulsi Saponin di UPM, Serdang.
DR Rita (tengah), Ahmad Tamsil (kiri) dan Anis Syahirah menunjukka­n produk teknologi hijau Formulasi Nano-Emulsi Saponin di UPM, Serdang.
 ??  ?? Antara kelebihan inovasi ini ialah ia mudah diurai menjadi bahan tidak bahaya dan saponin tidak kekal
di dalam persekitar­an
Antara kelebihan inovasi ini ialah ia mudah diurai menjadi bahan tidak bahaya dan saponin tidak kekal di dalam persekitar­an
 ??  ?? SIPUT gondang emas.
SIPUT gondang emas.
 ??  ?? POKOK Furcraea.
POKOK Furcraea.
 ??  ?? ANIS Syahirah melakukan ujian makmal.
ANIS Syahirah melakukan ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia