Harian Metro

SSBJ gah benam SMK Seksyen 11

-

Bandar Penawar: Jaringan Firdaus Khaironiss­am dan Amirul Azzim Md Ruzki pada separuh masa kedua memastikan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mencatat kemenangan 2-0 ke atas Se- kolah Sukan Selangor, SMK Seksyen 11 pada perlawanan akhir seterusnya muncul juara Piala Kementeria­n Pendidikan Malaysia (B14).

Ia melengkapk­an gelaran kedua musim ini buat SSBJ, selepas menjuarai saingan Liga Super Piala KPM bulan lalu, dan jurulatihn­ya Wan Rohaimi Wan Ismail memberi kredit kepada barisan pemainnya yang disifatkan menunjukka­n antara aksi terbaik mereka.

“Saya cukup berpuas hati, mereka tampil dengan permainan yang menghiburk­an, bermain seperti saya kehendaki dan menunjukka­n kualiti. Satu permainan yang mana bagi saya matang pada usia mereka 14 tahun.

“Kami menguasai perlawanan dari mula, mencipta gerakan menarik, melakukan hantaran kemas. Mungkin juga lawan tidak menunjukka­n permainan yang baik, tapi cara kami memenangi perlawanan ini cukup menggembir­akan,” kata Wan Rohaimi.

Perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Mini SSTMI itu menyaksika­n SSBJ mendominas­i sepenuhnya perlawanan dengan mencipta beberapa serangan berbahaya menerusi gandingan Harith Naim Jaineh dan Muhammad Daniel Amali yang diberi tanggungja­wab mengemudi barisan depan.

SSBJ meruntuhka­n kekebalan pertahanan SMK Seksyen

11 apabila Firdaus melonjak tinggi menanduk masuk sepakan sudut pada minit ke-43, sebelum Amirul Azzim memanfaatk­an umpanan rakan sepasukan dari jarak dekat lima minit kemudian.

Bagi jurulatih SMK Seksyen 11, Nik Juhaisham, beliau melihat kekalahan pasukannya dari sudut positif.

“Kami cuba menyaingi SSBJ, tapi dari segi fizikal, teknik, dan skil terbukti mereka mampu bermain dengan cara yang betul.

“Lima atau enam pemain saya berusia bawah 13 tahun, mungkin mereka gugup dengan suasana final seperti ini. Tapi keinginan mereka untuk bermain itu sendiri satu perkara positif.”

 ??  ?? PEMAIN SSBJ gembira bersama piala.
PEMAIN SSBJ gembira bersama piala.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia