Harian Metro

Semangat baharu

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Baddrol yakin Kedah mampu tebus hampa musim lalu

“Saya amat yakin kami mampu beraksi lebih baik pada aksi final Piala Malaysia nanti berbanding tahun lalu.

“Semangat baharu yang kami peroleh ini akan dibuktikan pada Ahad ini nanti,” kata pemain senior Kedah yang juga kapten Harimau Malaysia Baddrol Bakhtiar.

Tidak dapat tidak, katanya kejayaan melangkah ke final pasti membangkit­kan semangat dan impian setiap pemain Kedah untuk terus melakar sejarah menjulang Piala Malaysia musim ini.

“Saya bertekad memberi aksi lebih mantap tahun ini selepas gagal merealisas­ikan impian menjuarai Piala Malaysia tahun lalu.

“Kekalahan 0-2 kepada Selangor di stadium sama itu mahu dijadikan azimat agar penyokong dan rakyat negeri Kedah keseluruha­nnya tidak berputih mata, apatah lagi kali terakhir kami menjulang Piala Malaysia adalah pada 2008,” kata pemain kebangsaan kelahiran Sungai Petani itu.

Baddrol dianggap arkitek pasukan Kedah sejak menyarung jersi negeri pada 2006 dan mempunyai banyak pengalaman di peringkat negara dan antarabang­sa.

“Kami mempunyai barisan pemain yang lebih bersedia pada tahun ini dan ditambah pula dengan campuran barisan pemain muda dan juga berpengala­man, saya yakin kita mampu memberi tentangan hebat kepada Selangor.

“Sokongan padu ditunjukka­n puluhan ribu penyokong yang dijangka hadir di Stadium Shah Alam nanti menjadi tonik kekuatan kami dalam misi menjulang Piala Malaysia kali ini,” katanya.

Beliau berkata, setiap pemain menaruh harapan tinggi kepada percaturan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe yang pastinya sudah mengkaji corak permainan lawan bagi membentuk pasukan mantap bagi memberi persembaha­n lebih jitu.

“Saya berharap semua pemain menanamkan sikap tidak mengaku kalah dan sentiasa mencuba hingga mencapai kejayaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia