Harian Metro

Jualan tiket MotoGP meningkat

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

„ Razlan gembira jualan tiket naik 10%, kontrak baru sehingga 2019

Dua perkara bakal menggembir­akan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Razlan Razali menjelang perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) hujung minggu ini iaitu rekod penjualan tiket dan kontrak baru penganjura­n musim 2017 hingga 2019.

Menurutnya, penjualan tiket MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu dan tidak menjangkak­an bakal mendapat sambutan begitu hangat dari peminat tempatan mahupun luar negara tiga minggu sebelum perlumbaan.

“Penjualan tiket GP Malaysia sangat menggalakk­an setakat ini, apabila meningkat 10 peratus berbanding tahun lalu. Kami tidak jangka mampu menjual tiket teres berbumbung sehingga habis tiga minggu sebelum perlumbaan bermula, tahun lalu ia mengambil masa selama empat minggu,” katanya dalam sidang media semalam.

Jelasnya, dalam perlumbaan MotoGP di Malaysia, musim ini adalah pencapaian paling cemerlang dapat dicatatkan oleh SIC (dari segi penjualan tiket).

“Sudah pasti perlumbaan hujung minggu ini di SIC akan berlangsun­g sangat menarik. Sekarang tiket perlumbaan GP Malaysia hanya berbaki di tempat duduk berbukit terbuka dan ia akan menambah lagi jumlah penjualan tiket jika habis terjual,” katanya.

Tahun lalu seramai 150,563 penonton hadir selama tiga hari untuk menyaksika­n sesi latihan bebas (16,562), ujian masa (45,169) dan perlumbaan (88,832).

Sementara

itu,

mengenai kontrak baru perlumbaan MotoGP, Razlan berkata, SIC akan mengadakan mesyuarat dengan Kementeria­n Kewangan Khamis ini untuk membincang­kan penyambung­an kontrak.

Kontrak SIC bersama pemilik hak kejuaraan, Dorna itu akan tamat selepas berakhir perlumbaan hujung minggu ini dan penyambung­an kontrak sebelum ini adalah selama tiga tahun.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) juga ada menyebut mengenai perkara ini ketika perjumpaan bersama penunggang negara pagi tadi dan beliau menyokong penyambung­an kontrak baru.

“Kita harap akan dapat tandatanga­n (kontrak baru) minggu ini,” kata Razlan.

Dalam pada itu, Razlan mengumumka­n satu tiket wild card akan diberikan kepada pelumba Moto3 negara untuk menggantik­an pelumba, Peugeot MC Saxoprint’s, John McPhee yang cedera selepas terjatuh di Litar Philip Island kelmarin.

 ??  ??
 ??  ?? RAZLAN (dua dari kanan) bergambar bersama (dari kiri) Pengurus Pasukan SIC, Johan Stigefelt, pelumba Moto3, Jakub Kornfeil serta pelumba Moto3 negara, Adam Nordin ketika menghadiri majlis santai minum petang di KLCC.
RAZLAN (dua dari kanan) bergambar bersama (dari kiri) Pengurus Pasukan SIC, Johan Stigefelt, pelumba Moto3, Jakub Kornfeil serta pelumba Moto3 negara, Adam Nordin ketika menghadiri majlis santai minum petang di KLCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia