Harian Metro

Hilang dari rumah anak yatim

-

Subang Jaya: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan hilang dari Rumah Anak Yatim Baitul Nurrawdhah, Bukit Puchong, di sini, sejak Jumaat lalu.

Kanak-kanak dikenali sebagai Ali Alias itu dipercayai melarikan diri dari rumah anak yatim berkenaan sebelum laporan kehilangan­nya dilakukan pihak pengurusan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, jam 1.51 petang, hari sama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kanak-kanak itu sebelum ini ditemui pihak polis merayau sendirian di USJ 8, di sini.

Menurutnya, kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ditempatka­n di rumah anak yatim untuk jagaan sementara mendapatka­n perintah mahkamah.

“Bagaimanap­un selepas ditempatka­n di rumah anak yatim berkenaan, Ali Alias dilaporkan hilang.

“Tiada butiran jelas berhubung kanak-kanak itu ketika ditemui. Dia mendakwa ayahnya adalah warga Myanmar dan berada dipenjara manakala ibunya sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang menemui kanak-kanak terbabit diminta menyalurka­n maklumat atau menyerahka­nnya kepada pihak berkuasa.

“Selain itu orang ramai boleh juga berhubung terus dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (Subang Jaya) menerusi talian 037 8627222 atau pegawai terbabit iaitu Ispektor Najah Sunnar 0134889122,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ALI dipercayai hilang dari pusat jagaan.
ALI dipercayai hilang dari pusat jagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia