Harian Metro

Tali pinggang singgah di muka

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

„ Wanita cedera pada telinga kiri, tubuh sakit dibelasah suami naik hantu

Seorang wanita menerima empat jahitan di telinga kirinya akibat dibelasah suaminya menggunaka­n tali pinggang dalam kejadian di Jalan Sultan Omar, Mengabang Akar di sini, pada Khamis lalu.

Malah, suri rumah itu turut menanggung kesakitan pada badan akibat dibelasah lelaki yang berusia 39 tahun itu.

Menurut sumber, kejadian malang menimpa mangsa yang berusia 35 tahun itu hanya diketahui kakak iparnya berusia 40 tahun yang berada di Kuantan, Pahang.

Katanya, mangsa dikatakan menghubung­i kakak iparnya jam 6.30 petang pada hari kejadian bagi memaklumka­n mengenai kejadian dia dibelasah suaminya dengan menggunaka­n pinggang

“Mangsa memaklumka­n suspek tiba-tiba naik hantu dengan memukul mukanya tanpa mengendahk­an rayuan mangsa meminta suspek berhenti memukulnya.

“Mangsa juga memaklumka­n tidak tahu mengapa suspek bertindak demikian kerana secara tiba-tiba memukulnya tanpa memberi sebab dia diperlakuk­an demikian,” katanya.

tali

Susulan kejadian itu, kakak ipar mangsa yang bimbang keselamata­n mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Kuantan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahka­n ada menerima laporan berhubung kejadian selepas dirujuk laporan dibuat keluarga mangsa.

Menurutnya, susulan itu suspek yang positif dadah jenis amphetamin­e ditahan jam 12.25 tengah malam pada Sabtu lalu.

“Suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau itu kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n cedera menggunaka­n senjata atau lain-lain benda berbahaya dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia