Harian Metro

Air Selangor bina benteng 5 meter

-

Dengkil: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengambil langkah drastik dengan membina benteng setinggi lima meter bagi menyekat pengaliran air Sungai Buah ke Sungai Semenyih, sekali gus memastikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dapat beroperasi tanpa sebarang masalah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali berkata, tindakan menyekat pengaliran air sungai itu bagi memastikan kualiti kebersihan Sungai Semenyih kembali pulih berikutan sebelum ini menghadapi masalah pencemaran bau.

Namun, beliau tidak boleh memberi jaminan bekalan air dapat pulih sepenuhnya dalam masa terdekat ini dan berharap pihak berkaitan segera menyelesai­kan masalah terbabit bagi mengelak ia berulang.

“Pihak Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor sudah mengenal pasti punca pencemaran iaitu sisa kimia yang dibuang berhampira­n lereng bukit di Kilometer 45.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, sekali gus menyebabka­n Sungai Buah tercemar.

“Sungai Buah yang tercemar itu mengalir ke Sungai Semenyih seterusnya menjejaska­n operasi LRA Sungai Semenyih dan menyebabka­n bekalan air untuk 360,000 pemegang akaun terjejas,” katanya ketika melawat kawasan pembinaan benteng Sungai Buah, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, LRA Sungai Semenyih sudah beroperasi seperti biasa sejak semalam dan mengambil masa beberapa hari untuk bekalan air di kawasan terjejas pulih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia