Adam pamer rentak positif
Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara Adam Norrodin membawa momentum positif menjelang Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu depan apabila menamatkan GP Australia semalam di kedudukan ke-11 sekali gus meraih lima mata.
Bermula di petak ke-23, Adam bagaimanapun bermula dengan baik apabila melonjak ke kelompok pertengahan sebelum satu ketika berada di kedudukan keenam pada saingan yang berlangsung di Litar Phillip Island itu.
Namun, pelumba SIC Racing Team itu gagal mempertahankan
kedudukan sehingga akhirnya menyaksikannya dia menamatkan kedudukan di tempat ke-11.
“Saya tahu perlu meraih keputusan yang baik di sini sebelum beraksi di Sepang minggu depan.
“Kami tidak menjangkakan dapat melakukan penamat yang baik di sini dan saya tidak pernah berlumba di sini.
“Saya semakin bersemangat untuk beraksi di Sepang,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi dari Honda Team Asia gagal menamatkan perlumbaan kerana terjatuh.
Nasib sama menimpa pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah yang terjatuh seawal pusingan pertama.
“Tiada apa yang boleh saya lakukan. Insiden itu begitu pantas.
“Nasib nyata tidak menyebelahi saya dan akan cuba meraih keputusan lebih baik di Sepang,” kata Hafizh. Kuala Lumpur: Gandingan mantap Nurul Faeizah Kasim dan Mohd Sapifie berjaya menjulang pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) C menjuarai saingan MOHE-Mahsuri Boling Padang Antarabangsa di Kompleks Sukan LADA, Langkawi, Kedah semalam.
Pada saingan final itu, pasangan TLDM C itu mengetepikan gandingan Mohd Yusof Haron dan Dayang Lapuan Zalifah yang mewakili Kota Kinabalu Kuala Lumpur (KKL) menerusi kemenangan 11-9 pada aksi final.
Dengan kemenangan itu, Faeizah dan Sapifie menerima hadiah wang tunai RM3,000 berserta trofi manakala beregu KKL pula sekadar membawa pulang wang tunai RM1,500.
Kemenangan bergaya pasukan beruniform itu turut dilengkapkan dengan kejayaan satu lagi pasukannya iaitu TLDM B yang menamatkan kedudukan di tangga