Kepala jadi bola
Banduan penggal musuh dengan papan dalam keganasan di penjara di Brazil
Satu rakaman menggerunkan tersebar di Internet, menunjukkan sekumpulan banduan memenggal kepala rakan banduan sebelum bermain bola sepak dengan kepala itu.
Kejadian itu didakwa dilakukan kumpulan Primeiro Comando da Capital ketika rusuhan ganas terbaru melanda di penjara Brazil yang penuh sesak.
Kumpulan dadah berkenaan disyaki membunuh seorang anggota Comando Vermelho (Komando Merah) selepas pergaduhan meletus di penjara di Roraima minggu lalu.
Dalam keganasan berkenaan, 21 banduan terbunuh. Tujuh daripada mereka menggunakan kepingan papan dan enam yang lain dibakar selepas dibunuh. Keganasan meletus selepas banduan dari satu bahagian penjara itu menyerang musuh mereka ketika
dipenggal waktu melawat.
Beberapa pelawat wanita juga dijadikan tebusan.
Jurucakap kerajaan tempatan, Jessica Laurie berkata: “Banduan itu bersenjatakan batu dan kepingan papan. Mereka menggunakan papan itu untuk memenggal musuh mereka. Sungguh kejam.”
Setiausaha Kehakiman dan Kerakyatan, Oziel de Castro berkata, kedua-dua kumpulan itu mengisytiharkan perang sebelum mereka bertempur.
Sehari selepas kejadian di Roraima, sekurang-kurangnya lapan banduan mati di sebuah lagi penjara di Porto Velho, negeri Rondonia, barat laut Brazil, membabitkan dua kumpulan sama.
Mangsa mati akibat lemas selepas banduan lain membakar tilam di penjara Enio dos Santos.
Brazil memang terkenal kerana kejadian ganas di penjaranya, termasuk pembunuhan beramai-ramai di Penjara Candiru pada 1992 yang menyaksikan 100 banduan dibunuh.