SUASANA RIANG BERTUKAR PILU HANYA BEBAS 5 JAM
Penunggang basikal meninggal dunia sejurus terjatuh dari basikal
Sungai Buloh: Seorang lelaki yang menyertai pertandingan lumba basikal ‘Twitter International Jamborece 2016’ di Saujana Utama di sini, meninggal dunia mendadak sejurus terjatuh dari basikal.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, mangsa dikenali sebagai Adi Has, 50-an bersama beberapa lagi peserta pertandingan dikatakan sedang melalui laluan berbukit di kawasan itu.
Mangsa sempat diberikan rawatan kecemasan dan bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan.
Salah seorang peserta yang enggan namanya didedahkan berkata, dia baru mengenali mangsa ketika sesi memanaskan badan sebelum acara dimulakan.
“Dia seorang yang sangat peramah dan senang berbual walaupun kami baru berkenalan. “Malah mangsa kelihatan sangat teruja dan tidak sabar untuk memulakan perlumbaan itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini.
Dia mendakwa mendapat tahu terdapat seorang peserta tidak sedarkan diri selepas terbabit kemalangan namun tidak menyangka ia membabitkan individu baru dikenalinya itu.
“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedar sebelum pihak penganjur pertandingan dan pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.
“Ketika itu suasana riang bertukar sedih. Ada kemungkinan litar lumba basikal itu terlalu mencabar dan memberi kesan kepada fizikal mangsa,” katanya.
Dia turut mengakui terdapat peserta lain yang terjatuh dan cedera. Melaka: Seorang tahanan polis memberi alasan mahu melawat isteri kononnya baru melahirkan bayi bagi memperdayakan kakitangan di sebuah wad di Hospital Melaka, di sini, dalam cubaannya melarikan diri pada jam 6.15 petang, kelmarin.
Namun, lelaki berusia 37 tahun itu berjaya ditahan semula lima jam kemudian ketika sedang bersembunyi di dalam kawasan hospital berkenaan dan ketika ditemui, dia berada dalam keadaan lemah serta tidak berdaya untuk berjalan.
Terdahulu, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah kerana disyaki terbabit dalam kes curi kenderaan di Alor Gajah.
Suspek yang mengadu kurang sihat kemudian dibawa anggota polis ke Hospital Melaka sebelum ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata, ketika dirawat, suspek berkenaan melarikan diri selepas menyedari dua anggota polis ditugaskan mengawalnya tidak berada di dalam wad berkenaan.
“Sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu, semua elemen dikerahkan mengesan suspek terbabit termasuk bantuan Unit Anjing Pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
“Pada jam 11 malam semalam
(kelmarin), anggota terbabit dalam gerakan mencari suspek menemui lelaki itu dan dia ditahan semula untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui pada Program Meraikan Pasukan Melaka United Juara Liga Perdana 2016 di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, semalam.
Ramli berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengesan jika wujud elemen kecuaian anggota polis yang ditugaskan mengawal suspek.
“Mengikut laporan awal, ketika kejadian seorang anggota polis ke surau untuk menunaikan solat manakala rakan setugasnya ke tandas. Selepas anggota terbabit kembali ke wad, suspek didapati sudah tidak ada di katilnya.
“Jika siasatan mendapati ada unsur kecuaian, anggota berkenaan akan dikenakan tindakan kerana mereka ini cuai ketika menjalankan tugas,” katanya.