Harian Metro

Ngauman jentera retro

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi metahad@hmetro.com.my

Lebih 200 pemilik kereta klasik berkumpul di R&R Bagan Ajam pukau peminat pemotoran

Lebih 200 pemilik kereta lama dan klasik berkumpul di parkir kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, di sini, sempena Penang Retro Fest sehingga menarik perhatian peminat permotoran.

Kehadiran kenderaan ‘sukar ditemui’ itu yang berlangsun­g ketika Hari Sukan Negara yang diadakan serentak seluruh negara pada 8 Oktober lalu, memberi satu kelainan selain orang ramai berpeluang melihat pelbagai jenis model kenderaan unik berkenaan lebih dekat.

Rata-rata pengunjung terpukau dengan keunikan dan kecantikan jentera lama yang dijaga rapi dan diberi nafas baru oleh pemiliknya.

Pengarah Operasi GM Event Management, Khairul Ilhami Hassan berkata, kenderaan lama tidak seharusnya dihapuskan, sebaliknya dilindungi dengan diberi nafas baru bagi memastikan sejarah pemilikan dan pembinaan kenderaan lama tidak ditelan zaman.

“Kehadiran ratusan jentera lama jelas membuktika­n kenderaan lama ini masih mempunyai peminat tersendiri dan turut mendapat tempat di hati rakyat tempatan.

“Biarpun dahulu terdapat desas desus yang mahukan kenderaan lama ini dilupuskan, ia tidak dipersetuj­ui pemilik jentera ini,” katanya.

Menurut Khairul

Ilhami, generasi muda kini didedahkan kepada pelbagai kereta moden sehingga melupai jentera lama dari semasa ke semasa.

“Jika dahulu persepsi orang ramai yang sering menganggap kenderaan lama untuk orang lama tidak lagi relevan. Ini kerana, pada masa kini generasi muda lebih menggilai kenderaan lama kerana mempunyai nilai seni tersendiri.

“Selain rupa bentuk, nilai kenderaan lama mampu mencecah ratusan ribu ringgit sekiranya dibaik pulih dan sukar ditemui,” katanya.

Khairul Ilhami berkata, sepanjang lima tahun menganjurk­an karnival berkaitan kenderaan, majoriti peserta kereta lama yang mendaftar adalah generasi muda.

Menurutnya, Retro

Fest bukan sahaja medan pertemuan pemilik kenderaan lama, sebaliknya menjadi medan rujukan kepada peminat dunia automotif mempelajar­i selok belok penjagaan dan teknik membaik pulih kenderaan lama.

“Sudah tentu program sebegini dapat mengeratka­n lagi silaturrah­im sesama peserta dan pada masa sama, banyak ilmu dapat diperoleh berkaitan dunia automotif,” katanya.

Selain persembaha­n kenderaan lama, pengunjung juga dihiburkan dengan deruman bunyi dari lebih 20 jentera moden yang mengubah suai sistem audio masing-masing.

 ??  ?? ANTARA kenderaan lama yang dipamerkan kepada orang ramai sempena Penang Retro Fest.
ANTARA kenderaan lama yang dipamerkan kepada orang ramai sempena Penang Retro Fest.
 ?? FOTO: ?? SEBUAH jentera yang mencuri
tumpuan pengunjung.
FOTO: SEBUAH jentera yang mencuri tumpuan pengunjung.
 ??  ?? VOLKSWAGEN Kombi yang unik dan sukar ditemui.
VOLKSWAGEN Kombi yang unik dan sukar ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia