Harian Metro

IPT Malaysia hampiri final

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia kini hanya tinggal selangkah untuk mara ke final Kejohanan MOHE-Mahsuri Boling Padang Antarabang­sa di Kompleks Sukan LADA, Langkawi, Kedah yang dijangka berlangsun­g petang ini.

Wakil pasukan IPT Malaysia, Abdul Muiz Jaafar berkata, pasukannya kini berada di landasan tepat untuk mencuri tiket ke pentas final selepas berjaya mara ke saingan suku akhir sebelum ini.

Dia yang juga pelajar tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik Kewangan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara tonggak utama pasukan IPT Malaysia bagi kejohanan kali ini.

“Saya amat berharap agar dapat melepasi peringkat suku akhir (lewat malam tadi) seterusnya mara ke peringkat separuh akhir dan akhir esok (hari ini) bagi menaikkan nama pasukan IPT Malaysia. “Ini antara kejohanan terbesar yang pernah saya sertai dan sememangny­a saya mengharapk­an agar kejayaan berpihak kepada pasukan kami.

“Meskipun banyak cabaran daripada atlet lain terutamany­a dari atlet luar, namun saya percaya kami mampu lakukan sesuatu,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sementara itu, Persatuan Boling Padang Kedah (PLBK) berhasrat meneruskan kerjasama bersama Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) terutamany­a dalam menganjurk­an kejohanan itu di masa depan.

Penganjura­n yang memasuki edisi ke-16 kali ini berjaya menarik penyertaan terbanyak sepanjang edisi penganjura­nnya iaitu sejumlah 96 pasukan termasuk dari luar negara seperti Hong Kong, India dan Singapura.

“Pembabitan KPT dan USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) berjaya membantu kejohanan ini terus berkembang. Sebelum ini saingan boling padang peringkat IPT dan sekolah seperti ini hampir berkubur kerana kami ketandusan penajaan sejak beberapa tahun yang lalu.

“Perkara ini menyukarka­n pihak kami untuk meneruskan penganjura­n kejohanan yang berusia 16 tahun ini. Saya mengharapk­an pihak KPT dan USIM sudi untuk terus bekerjasam­a dengan PLBK bagi menganjurk­an kejohanan ini,” kata Setiausaha PLBK, Datuk Mohamad Ali Ahmad yang juga Naib Presiden Persekutua­n Boling Padang Malaysia.

 ??  ?? PEMAIN SSTMI, Mohd Iskandar Zulkarnain sedang beraksi.
PEMAIN SSTMI, Mohd Iskandar Zulkarnain sedang beraksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia