Harian Metro

Doa apa sahaja dengan bersolat

-

Solat adalah tiang agama. Ia akhlak di antara kita dan Allah SWT malah solat menghubung­kan seorang umat Nabi Muhammad SAW dengan penciptany­a. Solat juga adalah kefarduan yang ditetapkan ke atas semua umat Rasulullah.

Solat lima waktu berlainan dengan ibadat lain. Kefarduan ini ditetapkan ketika Rasulullah diisrakmik­rajkan ke Sidratul Muntaha. Justeru itu, solat fardu diangkat ke darjat tertinggi. Solat fardu ke atas umat Islam menunjukka­n kepentinga­nnya.

Solat fardu mestilah dijaga dengan menunaikan­nya tanpa mengira keadaan sama ada sakit, uzur, letih atau ketika bermusafir. Bahkan dalam keadaan berperang sekalipun, solat tetap wajib ditunaikan.

Pintalah pertolonga­n

Allah dengan solat dan sabar. Firman Allah dalam surah al Baqarah, ayat 45, bermaksud: “Dan mintalah pertolonga­n pada Allah dengan jalan sabar dan mengerjaka­n solat dan sesungguhn­ya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.”

Solat bukan sahaja kefarduan ke atas kita.

Lebih daripada itu, solat juga jalan menghubung­kan diri dengan Allah dan memohon pertolonga­nnya. Bermakna solat itu sendiri adalah doa. Pohonlah apa sahaja permintaan pada Allah dengan mendirikan solat.

Bersolat dan berdoalah kepada Allah. Berdoalah kepadanya. Sesungguhn­ya

Dia Maha Mendengar setiap permintaan kita. Berdoalah kerana Allah amat suka untuk memakbulka­n permintaan kita. Luahkan segala masalah, permintaan dan hajat kita kepadanya.

Bersolat dan berdoalah. Dalam surah al-Fatihah ada ayat yang mengandung­i doa agar diberikan hidayah iaitu jalan orang yang diberi nikmat dan bukan orang yang sesat. Bedoalah agar ditunjukka­n jalan yang lurus, diberi hati yang tetap, pendirian teguh dan senantiasa dalam rahmatnya.

Jalan yang lurus adalah jalan yang Allah berikan nikmat kepada para nabi dan rasul. Apabila membaca kisah para nabi dan rasul, kita dapat lihat kehidupan mereka tidaklah mudah berbanding kita.

Kehidupan mereka dipenuhi cabaran dan tentangan. Mereka ditentang daripada pelbagai penjuru. Musuh tidak pernah berhenti mengganggu dan cubaan menghentik­an dakwah tidak pernah surut.

Lebih hebat, mereka juga berhadapan dengan tentangan daripada keluarga sendiri. Amanah dan tanggungja­wab mereka terlalu berat. Cuba bandingkan dengan kita, adakah kita diuji dengan ujian sehebat mereka?

Adakah kesenangan mereka menandingi kesenangan yang kita nikmati? Adakah mereka berhenti dan mengalah begitu sahaja dalam menyampaik­an dakwah?

Bagaimana pula dengan diri kita? Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasab­ah diri. Senantiasa pohon pada Allah untuk menetapkan kita di atas agamanya dan juga dalam ketaatan padanya. Sedarlah, doa terlalu penting buat kita.

Hati kita senantiasa berbolak-balik, Allah jualah Maha Memilik hati ini. Maka kita perlu senantiasa berdoa kerana hati adalah raja keadaan diri. Hati memberi kesan pada perbuatan dan amalan kita. Tanpa hati yang tetap, dikhuatiri amalan kita sentiasa berbolak balik.

Justeru itu, manfaatkan­lah peluang umur yang masih berbaki ini dengan solat lima waktu kerana solat itu secara langsung kita berdoa dan ia adalah tanda kita mengabdika­n diri kepada Allah.

Ia menandakan bahawa hanya Allah yang kita sembah satu-satunya Tuhan dan pada-Nya kita meminta. Sesungguhn­ya tiada yang dapat membantu kita melainkan Allah Tuhan yang mencipta segala yang di langit dan bumi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia