Harian Metro

Sabah siasat gambar anggota viral

-

Sandakan: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sabah akan menyiasat dakwaan bahawa anggotanya membuat pusingan U ketika lampu isyarat sudah bertukar merah di bandar ini. Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasanya, Abdul Rahman Zakaria berkata, siasatan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat pengguna media sosial. Kota Kinabalu.

“Namun, sejak cuti sekolah bermula, tambahan pula keadaan kesihatan saya kurang memuaskan, mereka tinggal bersama Neta di Kota Kinabalu dan sesekali pulang bercuti di sini,” katanya ketika ditemui di Kampung Kapor, di sini, semalam.

Wanita itu berkata, pada awalnya dia menyangka Mohd Najib mengikuti Neta, sebelum mendapati kanak-kanak lelaki itu berada di rumahnya.

Katanya, selepas ini dia akan mengambil tanggungja­wab menjaga dan membesarka­n Mohd Najib bersama suaminya, Abd Jumat Asara, 46.

Selain Aidil, Nursyikah dan Neta, dua lagi ahli keluarga mereka terkorban, Hamirah Mohamad Salleh, 39, yang maut di lokasi kejadian dan Vera Adira Jalius, 6, disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Belud (HKB).

Difahamkan, ketika kejadian, tujuh sekeluarga itu menaiki Proton Saga dalam perjalanan ke Kota Kinabalu untuk menghantar salah seorang ahli keluarga ke Lapangan Terbang Anataraban­gsa Kota Kinabalu.

Menurut ahli keluarga lain, Alsad Masali, 48, empat daripada mangsa yang meninggal dunia iaitu Hamirah, Aidil, Nursyikah dan Vera Adira dituntut ahli keluarga malam kelmarin.

“Kami mengambil keputusan untuk mengebumik­an Hamirah, Aidil dan Nursyikah dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Tagal (Kudat), pada jam 9.30 malam tadi (kelmarin).

“Bagaimanap­un, jenazah Vera Adira sudah dituntut ahli keluargany­a dan dikebumika­n di tempat lain,” katanya.

Menurut beliau, jenazah Neta pula masih berada di HQE untuk proses bedah siasat.

“Ketika ini kami berharap supaya anak Hamirah, Alibasa Alibaba, 24, dan tunangnya Sarini Body, 21, yang parah akibat tragedi itu, supaya cepat sembuh sepenuhnya.

“Alibasa baru selesai menjalani pembedahan jam 2 pagi tadi (semalam) dan kini masih dirawat di HQE, manakala tunangnya (Sarini) dirawat di HKB,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.55 pagi itu, kenderaan jenis Proton Saga yang dinaiki tujuh sekeluarga ini dalam perjalanan ke Kota Kinabalu sebelun dirempuh sebuah Proton Gen 2 dari arah bertentang­an.

Kejadian itu menyebabka­n lapan mangsa terkorban termasuk pemandu Gen 2, Frenwell Jeffery, 31, dan adiknya Herlin Naxe, 26 yang juga anggota polis dan serta seorang lagi mangsa Ellyzek Johnny, 28, yang menaiki kenderaan itu.

Manakala, pemandu Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan itu, Azimah Jiran, 34, cedera ringan manakala pemandu Toyota Hilux, Mapinsin Lagung, 45, tidak mengalami sebarang kecederaan.

 ??  ?? AHLI keluarga Alibasa
Alibaba, Effa Sairun menahan sebak ketika ditemurama­h di kediaman
mereka di Kampung Tanjung Kapor, semalam.
AHLI keluarga Alibasa Alibaba, Effa Sairun menahan sebak ketika ditemurama­h di kediaman mereka di Kampung Tanjung Kapor, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia