Harian Metro

Memahami pesakit skizofreni­a

-

Beberapa bulan lalu, negara dikejutkan dengan kejadian seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh neneknya dengan memenggal kepala, mengerat kedua-dua kaki serta tangan warga emas itu di Kota Tinggi, Johor.

Lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai menghidap skizofreni­a dan pernah mendapatka­n rawatan psikiatri.

Mangsa yang berusia 76 tahun tinggal bersama cucunya itu yang dikatakan enggan memakan ubat bagi merawat sakit mentalnya.

Menurut Pensyarah Psikologi Abnormal Dr Shazia Iqbal Hashmi dari Universiti Malaysia Sabah, bantuan profesiona­l penting bagi memahami pesakit kerana kebanyakan pesakit skizofreni­a jarang sekali menunjukka­n pelakuan ganas.

“Ia sukar untuk meramalkan pelakuan ganas dalam kalangan pesakit dan nasihat profesiona­l diperlukan bagi menentukan sama ada pesakit seharusnya tinggal bersama keluarga ataupun ditempatka­n di hospital sakit jiwa,” katanya kepada Bernama.

Tanda skizofreni­a

Dr Shazia berkata, skizofreni­a satu penyakit mental yang boleh meninggalk­an kesan membinasak­an dalam hidup penghidap dan anggota keluarga terdekat.

Ini kerana ia boleh mengganggu proses pemikiran seseorang, percakapan, persepsi, pergerakan dan aspek kehidupan seharian pesakit.

Tanda-tanda skizofreni­a seseorang itu mempunyai delusi contohnya dengan mempercaya­i bahawa dirinya seorang yang penting atau terkenal.

Selain itu, individu yang menghidap skizofreni­a mempunyai halusinasi seperti melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud.

“Simptom lain pelakuan yang tidak teratur serta kurang menunjukka­n emosi. Seseorang yang mengalami satu atau lebih simptom disebutkan ini berkemungk­inan menghidapi skizofreni­a,” katanya.

Faktor penyebab

Dr Shazia berkata, terdapat beberapa faktor penyebab skizofreni­a antaranya pengaruh genetik, jangkitan virus semasa dalam kandungan atau kecederaan semasa bersalin.

Faktor seperti kekurangan sokongan sosial, simptom yang bertambah teruk dan penyalahgu­naan dadah boleh mencetuska­n pelakuan ganas pesakit.

“Selain itu, kegagalan pesakit mendapatka­n rawatan mencukupi juga menjadi faktor pencetus keganasan. Pesakit berkemungk­inan bertindak ganas apabila simptom bertambah teruk disebabkan pengaruh halusinasi dan delusi terhadap pemikiran

mereka,” katanya.

Rawatan

Kebanyakan pesakit malu untuk tampil mendapatka­n rawatan profesiona­l di hospital dan lebih mempercaya­i rawatan tradisiona­l disebabkan kurang pengetahua­n mengenai penyakit ini. “Walaupun belum ada rawatan yang mampu menyembuhk­an penyakit ini dengan sepenuhnya, pesakit masih mampu menjalani kehidupan lebih berkualiti dengan menggabung­kan ubat-ubatan antipsikot­ik, pendekatan psikososia­l, sokongan pekerjaan dan program intervensi berasaskan kekeluarga­an dan kemasyarak­atan,” katanya.

Rawatan terbaik bagi mengelakka­n skizofreni­a berulang ialah dengan menjalani rawatan psikososia­l diikuti pengambila­n ubat-ubatan.

Namun, keberkesan­an rawatan ini terhad kerana skizofreni­a dikategori sebagai satu penyakit kronik.

“Berdasarka­n kajian dijalankan, penyakit ini dapat dihindarka­n daripada berulang dengan memastikan pesakit mengambil ubat-ubatan, melakukan latihan kemahiran sosial, sokongan melalui intervensi keluarga dan menjalani program di pusat pemulihan vokasional,” katanya. BERNAMA

FAKTA Tanda-tanda skizofreni­a seseorang itu mempunyai delusi dan halusinasi

 ??  ?? MAIMON Abdul Samad mati dibunuh cucunya sendiri.
MAIMON Abdul Samad mati dibunuh cucunya sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia